Sunday, June 20, 2010

Masak-Masak Hari Sabtu


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Ini cerita masak2 semalam, hari Sabtu.

Alhamdulillah...pagi Sabtu semalam saya berkesempatan lagi untuk menyertai kelas Santapan Rohani untuk kaum Muslimah di Masjid An-Nur, Kompleks Pusat Bandar. Sebenarnya dah 3 kali Sabtu saya tidak dapat hadir. Kali pertama sebab kesihatan tidak mengizinkan. Kali kedua kerana menghadiri Seminar IQ Pintar bersama Ayong dan Abang Ngah. Kali ketiga kerana saya balik kampung. Alhamdulillah...semalam dapat meluangkan masa untuk mengikutinya.

Balik dari kelas, saya terus menggodak Brownies. Kali ini saya gunakan resepi Chef Hanieliza. Sila rujuk SINI untuk resepinya. Satu loyang penuh, 10"x10", topping dengan chocolate dan tabur dengan badam cincang. Brownies ni saya sumbangkan kepada Cikgu Fida sempena Majlis Yaasin dan Tahlil di rumahnya malam tadi (Sabtu malam Ahad).

Brownies ni dah siap dipotong kecil2 sebelum dicurahkan toppingnya...


Majlis Yaasin dan Tahlil tersebut merupakan aktiviti bulanan kami di sekitar taman kami ni. Kaum muslimin akan berkumpul selepas Maghrib untuk turut serta dalam pembacaan Yaasin dan tahlil. Manakala kaum muslimah pula hanya dijemput hadir selepas solat Isyak. Sekadar untuk makan2, berkumpul dan beramah-mesra sesama sendiri. Bukan selalu dapat berkumpul begini.


Pagi Ahad, ada customer (Ezu dari Taman Scientex) nak datang ambil order. Janjinya dalam pukul 10:00 pagi gitu. Alamak...cistat dan apam comel belum buat lagi!

Balik dari makan2 tu barulah saya membakar cistat.  Ezu minta blueberry dan cokelat cistat. Apam comel pulak Ezu nak filling blueberry dan strawberry. Kejap tu juga menempa kulit tat sebab stok tinggal 10 biji je. Semua kena buat kejap tu juga. Dari buat kulit sampailah mencorak dan membakar semula.

Blueberry dan chocolate cheese tart...

Yang ini chocolate cheese tart. Fillingnya cokelat seketul. Lepas tu panaskan sekejap kat dalam oven...nak bagi cokelat tu cair sikit. Sejukkan sekejap sebelum dituang dengan adunan cream cheese.

Yang ini pulak...standard le. Blueberry cheese tart...dan sudah semestinya berintikan blueberry...

Dan siap packing cistat, saya buat Apam Comel pulak. Masa saya me'mixer'kan adunan untuk apam tu, jam dah menunjukkan hampir jam 2:00 pagi. Mesti jiran keliling rumah pelik sebab pagi2 buta bising bunyi mixer. Mula2 buat apam blueberry dulu. Lepas tu baru buat apam strawberry.

Apam Comel inti blueberry dan strawberry dah siap di'packing'...

Kombinasi merah dan hijau untuk inti strawberry...

Kombinasi ungu dan hijau untuk inti blueberry...

Alhamdulillah...segalanya selesai jam 3:30 pagi. Lepas tu saya masuk bilik dan mandi. Lepas tu terus duduk depan komputer ni. Lepas ni baru nak lelap sekejap. Aduiii...mengantuk pulak rasanya. Cerita nasi lemak daun pisang pun belum update lagi. Lain kali aje la.....


3 comments:

kakpah said...

sedapnya cistat tu. tak leh jadik ni....

Sari Yusa Ibrahim said...

cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... mesti sedap!

Azita Zain said...

salam kakpah,
apa lagi kakpah? start le enjin....!

sari :
alhamdulillah....!