Friday, June 4, 2010

Blueberry Cheese Tart ke Terengganu


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Malam tadi berjaga hingga ke pukul 2 pagi sebab nak menyiapkan order blueberry cheese tart ni. Ianya ditempah oleh guru tingkatan Abang Ngah. Dah 3,4 hari Abang Ngah bagi tau tapi saya suruh Abang Ngah bagitau cikgu tu supaya SMS ataupun telefon saya unutk pengesahan. Bukan tak percaya pada Abang Ngah tapi cuma nak kepastian. Baru petang semalam (Khamis) cikgu tu telefon saya. Confirm nak 150 pcs. Masa tu memang tengah buat tart crust tu. Nak menambah stok yang tinggal tak seberapa tu.


Tapi creamcheese pulak buat hal! Saya cuma ada 500gm aje stok cheese. Saya dah ke Tesco hari Rabu ari tu...nak cari creamcheese punya pasallah. Tapi kat Tesco pun tak ada stok. Kosong je kat bahagian creamcheese tu. Nak ke Giant rasa macam malas pulak. Saya pun terus jer balik.


Malam tadi, mintak tolong hubby pergi carikan creamcheese. Mula2 hubby ke Tesco bersama Abang Ngah dan Abang Yang. Tak ada stok jugak. Saya suruh hubby terus ke Giant pulak. Alhamdulillah...ada banyak stok kat sana. Ada yang panjang (500gm), ada yang pendek (230gm + 20gm). Saya suruh hubby beli banyak2 (tamaknya...) sebab memang susah sikit nak dapat creamcheese ni. Hubby borong yang pendek 6 bar dan yang panjang 4 bar. Hehehe...banyaknya hubby borong!


Malam tu jugak saya packing dalam 4 bekas yang berasingan. Mula2 nak masukkan dalam saru bekas besar sahaja tapi hubby kata lebih baik asingkan sebab senang nak bawak. Cikgu ni nak balik ke Terengganu selepas waktu persekolah tengahari tadi. Alhamdulillah...sampai ke Terengganu cistat saya berjalan ya! Saya minta Abang Ngah bawa terus ke sekolah pada waktu pagi tu dan serahkan pada guru tingkatannya. Terima kasih ya Cikgu! Harap2 berpuashati dengan cistatnya...!!! Dan selamat bercuti!

2 comments:

Kak Am said...

wah..thaniah ita! jauh jln cistat tu ya? baguslah
am pun tghari tadi g antar cikgu amalina punya nak bwk balik kg gak tapi x tanya pulak kg mana. tapi sukelah nengok lorekan ita tu lawa sgt.. cam ner pun am x leh & x dpt nak niru ita punya.. berseni betullah.., am pun g tesco cari crem cheese mmg dah abis pun last2 beli jer philidepia jer tapi ada bezanya dgn tatura tau, dia best sikit. ita lain kali g beli kat kedai kek lagi murah tapi terus bli yg 2kg lagi save tau! nanti am pun nak bli yg cam tu..butter pun sama beli skali bnyk lagi jimat. maklum siap dah ada label lagi cayelah..! good luck.. ok
tenet ada masa lmbab giler entahlah nak kena chek balik kot2 pc punya hal x? am nyer rm90 sebulan. tu yg nak bukak blog org trus cancel sbb nak nunggu lama benar tapi kali ni ok sikit pulak.

Azita Zain said...

am, zaman skolah dulu, seni tak berapa bagus. tp alhamdulillah...anugerah Allah nak bagi saya ni berseni sikit. serba-serba boleh (angkat bakul ni...). panjat pokok kelapa je yg belum cuba lagi... hehehe!