Thursday, June 17, 2010

Asyik Makan Je Hari Ni...


Salam sejahtera untuk semua. Hari ni asyik makan jer kerjanya. Pagi2 saya masak meehon goreng. Kira berat jugaklah kan... Lepas tu minum2 dengan Am selepas balik dari membeli keperluan kuih2. Jam 3:30 petang tadi, saya bawak pulak anak2 ke Pusat Bandar. Mula2 kami ke Medan Selera. Kalau dah ke Medan Selera, tentulah menjamu selera, kan? Saya makan mee kong fu + jus epal hijau, Ayong makan mee goreng basah + teh ais, Abang Ngah makan meehon tomyam + carrot susu, Abang Yang pulak makan nasi ayam + teh ais, dan Adik pulak makan sotong goreng + milo ais. Alhamdulillah...!

Selesai makan, kami ke kedai buku. Biasalah, ada novel yang saya nak cari. Anak2 pun apalagi...ada je buku yang mereka sambar. Lepas pergi pulak ke kedai yang jual baju2 sekolah. Nak cari baju sekolah Ayong. Tak ada saiz la pulak...! Akhirnya kami balik. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Petronas depan SMKPG1 tu...isi minyak!


Sebelah malam pulak, hubby ajak pergi makan kat luar. Masa tu anak2 dah tidur. Cuma Abang Ngah saja yang masih berjaga. Awal lagi masa tu...jam 8:15 malam. Agaknya masing2 kepenatan. Itu yang tertidur awal tu. Abang Ngah pulak tak nak ikut. Jadinya, cuma saya dan hubby aje yang pergi.

Amboi...macam pasangan pengantin baru pulak!!! Yelah...gi dinner berdua2an! Bukan senang nak dapat macam gini tau...! Hubby bawak saya ke Kampung Pasir Putih. Ke restoran ini :

Restoran Makanan Laut Pasir Putih...


Suasana tepi laut tu...lampu dari kapal yang berlabuh...


Apa yang kami order? Hehehe...sekadar Nasi Goreng Cendawan sepinggan dan seekor Siakap Steam. Sepinggan nasi goreng dikongsi berdua...

Bahagian hubby...

Bahagian saya...

Siakap Steam...

Bersama 3 gelas air...nescafe, jus epal hijau dan teh laici...


2 comments:

Ummi Hajjah said...

salam. Nak baca novel baru ye?Akak nak suggest travelog Cinta abadi karangan Raudzah Roslan Terbitan PTS Publication. Tinjau2lah dekat Kedai Mat Aris. Insya Allah ada.

Azita Zain said...

waalaikumsalam. terima kasih utk info tu. insyaallah, sabtu ni gi cari...