Tuesday, May 18, 2010

Muffin Dan Cheese Tart


Salam sejahtera untuk semua. Petang Khamis lepas saya menerima panggilan daripada bekas rakan sekerja. Beliau ingin membuat tempahan muffin sebanyak 100 biji. Tujuannya untuk disedekahkan ke masjid. Sebenarnya beliau telah berniat...sekiranya adik ipar beliau boleh melepasi tahap kritikal, beliau ingin bersedekah ke masjid. Ada cerita sedih yang beliau ceritakan kepada saya. Adik ipar beliau telah koma selepas melahirkan seorang puteri melalui kaedah pembedahan di sebuah hospital pakar di Alor Setar, Kedah. Setelah hospital pakar tersebut gagal untuk menangani masalah tersebut, adik ipar beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Alhamdulillah, sekarang ini adik ipar beliau telah bertambah sihat, telah melepasi tahap kritikal dan sekarang telah dipindahkan ke wad biasa.


Muffin Blueberry dan Muffin Chocolate Chip...

Muffin Chocolate Chip...

Muffin Blueberry...

Inipun muffin blueberry jugak tetapi versi untuk makan sendiri...!

2 biji muffin dalam satu bekas...

Total ada 50 packs + extra 4 packs...!

Blueberry Cheese Tart lagi...!

Ready to deliver...

No comments: