Thursday, May 27, 2010

Milo Ais


Selamat tengahari untuk semua. Hari ini dah hari Khamis. Esok Jumaat. Sekejap jer seminggu berlalu. Bagi yang bekerja dan bersekolah, esok merupakan hari cuti umum. Tapi hubby tak cuti. Anak2 saja yang bercuti. Hari Sabtu pun hubby kerja minggu ni. Ingatkan nak jugak balik ke Muar. Lama dah tak balik rasanya. Nak tunggu cuti sekolah nanti, dah rancang nak balik ke Perak. Lagi dah lama tak balik ke sana. Kali terakhir jumpa emak ialah bulan Disember lepas, semasa kami sama2 ke KL. Minggu depan mungkin emak akan ke KL lagi sebab nak melawat adik iparnya yang sakit.



Hari ini jom layan Milo Ais simple ni. Ini Adik yang punya. Pagi2 tadi dia mintak nak minum milo. Milo Ais memang minuman kegemaran Adik. Kalau pergi makan luar, mesti Adik minta Milo Ais.




Walaupun buat untuk Adik, emak Adik pun tumpang sekaki juga. Walaupun batuk masih belum lega tapi minum minuman berais sikit2 tak apa kot....!


2 comments:

Ummi Hajjah said...

Kalau nak tahu kelebihan ais visit disini http://rawatankesihatan.com under topik rahsia kelebihan ais, jadi tak ada mitos yg menakutkan lagi....

Azita Zain said...

terima kasih kak izan...!