Thursday, May 6, 2010

Birthday Cake And Cuppies


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Mula2 nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada warga PC Factory di Tanjung Langsat. Ada majlis yassin dan sambutan ulangtahun kelahiran utuk warga yang lahir pada bulan April dan May. Terima kasih kepada Factory Manager PC Factory yang membuat pesanan ini. Lain kali pesan lagi ya!


Sebiji kek span oren 8" deco dengan buttercream...


Design 1 : Nak kata bunga, ada macam bunga ke? Ada le sikit2 kot...! Nak kata anak mancis...pun tak jugak. Suka hatilah nak kata design apapun...!

Design 2 : Ada bunga2 kecil, rumput2 dan bunga2 kecil gumpaste...

Design 3 : Bunga sekuntum2 besar, letak sikit yang kecil2 jugak...

Design 4 : 3 kuntum bunga dengan daun2...

Design 4 : Ladybird...ada ke ladybird warna pink ni?

3 jenis cuppies - cokelat, vanilla dan lobak merah. Semua cuppies dan kek span tu saya bakar malam semalam. Berjaga sampai jauh malam untuk menyudahkannya. Lepas siap cuppies dan kek, sambung pulak dengan membakar tart crust. Ada tempahan blueberry cheese tart lagi. Alhamdulillah...!


2 comments:

RiShaZalia said...

nak berguru ngan kak ita....:-)

Azita Zain said...

lia :
insyaallah, boleh! meh dtg sini...