Tuesday, May 18, 2010

Cupcakes Hari Guru - Abang Yang



16hb Mei yang lalu (hari Ahad lepas) merupakan Hari Guru. Sambutan Hari Guru di sekolah anak2 telah diadakan pada hari Isnin (semalam). Abang Yang mintak saya buatkan cupcakes untuk guru2 dia. Dan sebagai memenuhi permintaan, malam Ahad tu saya dah mula membakar CC...Choc Moist Cupcake. Alang2 dah membakar tu, saya buatkan juga untuk Adik. Sambutan Hari Guru di tadika Adik pun pada hari Isnin juga.

CC masih di dalam oven. Walaupun nampak tinggi, ianya turun sedikit selepas disejukkan. Senang untuk mendeconya...

Set ini Abang Yang punya...16 biji cupcakes yang cute dan comel2...!

Mencuba bunga carnation...

Ini main pusing2 jer...

Ini pattern bunga ros...

Ini rumput2 dan bunga2 kecil...

Saya tambahkan "bendera" kecil Selamat Hari Guru sebagai penghias sebab pada cupcakes tu saya tak tulis apa2 pun...



No comments: