Sabtu yang gelap....! Kenapa gelap? Hari tu dapat notis dari TNB mengatakan hari Sabtu, 7hb. Mac, bekalan elektrik akan dihentikan kerana ada kerja2 penyelengaraan tahunan oleh pihak TNB bermula dari pukul 10:00 pagi hinggalah ke 5:00 petang. Alamakkkkk!!!
Hari Sabtu tu jugak ada Majlis Yassin kaum wanita, jam 2:00 petang di rumah Puan Noraini Hussin di Jalan Senangin. Tapi saya tidak dapat menghadirkan diri sebab saya dan keluarga akan pulang ke kampung hubby di Muar.
Dari pagi Sabtu tu kelam-kabut saya membasuh pakaian2 harian dan pakaian2 sekolah anak2. Ingatkan saya nak membakar Kuih Bakar pagi Sabtu tu tapi tak menang tangan untuk mengejarkan pukul 10:00 pagi tu. Nasib baik petang Jumaat dan Sabtu malam tu saya dah membakar Puding Roti dan jugak Kek Gula Hangus. Tapi tak sempat le pulak nak snap gambarnya...kenapa ya? Tak ingat kenapa.....
Abang Yang ada pertandingan nasyid di SK Kota Masai 2. Pukul 6:30 pagi hubby dah hantar dia ke sekolah. Pukul 1:00 tengahari saya pergi jemput dia semula kat sekolah. Tak menang pun...! Lepas tu baru le saya mengemas kain-baju dan barang2 yang nak dibawa balik ke kampung. Gedebak gedebuk gedebak gedebuk....dah pukul 3:00 petang. Hujan lebat pulak tu! Kami bertolak lebih kurang dalam pukul 3:30 petang, dalam hujan lebat tu. Sampai kat rumah MIL lebih kurang pukul 6:15 petang.
Selepas Isyak, kami mulalah mengadun dan menyediakan hantaran untuk esoknya. Ada yang membuat sirih junjung, ada yang membungkus bunga rampai, ada yang membuat lipatan tudung dan kain ela. Masing2 membuat kerja sambil bergelak-ketawa dengan gurau-senda sanak-saudara. Meriah rasanya.... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam barulah segalanya selesai....
Esok pagi merupakan hari paling bersejarah untuk BIL, anak2 saudara dia panggil Pak Andak, anak keempat dalam keluarga yang kesemuanya lelaki.... Majlis pernikahan akan diadakan lwbih kurang dalam jam 9:30 pagi sebab Tok Kadi tu ada banyak pasangan lain yang nak dinikahkan pada hari yang sama. Tentu Pak Andak tak lena tidur malam tu.....
No comments:
Post a Comment