Saturday, March 7, 2009

Delicious' Jumaat...

Tengahari tadi saya cuma masak nasi putih aje unutk lunch. Lauk dan sayur dan tak ada stok dalam petiais. Bukan tak nak top-up stock tapi sengaja tak top-up sebab Sabtu dah nak balik ke Muar (pernikahan BIL). Dan hari Sabtu jugak tak ada bekalan elektrik kat kawasan taman ni sebab ada Schedule Yearly Maintenance oleh TNB. Dapat notis dari TNB semalam.... Maintenance bermula dari 10:00 pagi hingga 5:00 petang Sabtu. Susah le kalau tak ada letrik. Mana nak basuh baju, mana nak membakar kuih2 dan kek, barang2 dalam freezer pulak mesti menghadapi masalah. Akuarium ikan lagi....

So tengahari tadi, sebelum hubby balik untuk solat Jumaat, saya called hubby suruh belikan lauk sikit untuk lunch. Hubby pulak beli lauk dan sayur yang best2!!! Memang kegemaran anak2 dan isteri dia. Kerabu Pucuk Paku, Keli Sambal Cili Padi dan jugak Lemak Siput Sedut.... Saya ratah je kerabu tu. Hubby cuma sempat ambik sikit je, balancenya saya balun habis!!! Anak2 memang tak makan kerabu tu. Keli dan siput adalah bahagian untuk anak2 dan hubby...




Sebelah petang pulak saya buat Apam Marble ni untuk minum petang konon2nya. Tapi dah malam baru makan apam ni. Dan Kek Gula Hangus pulak saya buat 2 adunan dan bakar malam tadi jugak. Nak bawak balik rumah MIL esok petang.




Malam tadi hubby ada dinner kat Hotel Selesa. Lepas hubby balik, saya ajk hubby gi Pusat Bandar sebab nak cari kain net dan reben - untuk bungkus dan ikat bunga rampai untuk hari Ahad ni (pernikahan BIL). Then beli kasut Adik sekali - kasut sekolah dan kasut jalan2. Lepas tu singgah gak cari tuala good morning lagi 2 dozen. Hari tu dah beli 4 dozen tapi BIL kata tak cukup. Tu yang cari lagi tadi...



Malam ni kena basuh semua kain-baju yang kotor, takut esok pagi tak sempat nak basuh. Menggosok pun kena buat malam ni jugak... Esok pagi Abang Yang ada pertandingan nasyid di SK Taman Kota Masai 2. 6:30 pagi dah kena da kat sekolah sebab mereka akan bertolak beramai2 ke SK Taman Kota Masai. Pertandingan dijangka habis jam 1:00 tengahari. Maknanya kami hanya boleh bertolak ke Muar selepas 1:00 tengahari... Baju Melayu hijau sepsang dan jugak sampng kilat2... kainnya guru bertugas yang belikan dengan kos RM50.00. Since saya tak pandai nak jahit baju cekak musang, saya hantar ke rumah jiran yang memang ambik upah menjahit... orang Sarawak. Kemas dan cantik hasil jahitannya...

2 comments:

AiE bAhRi said...

Seamat balik kampung kak!

Hati2 dan semoga selamat sampai..

Azita Zain said...

Thanks Aie. Akak dan family dah selama sampai semula ke PG malam tadi. Ari ni anak2 sekolah dan hubby kerja...