Tak sempat nak cerita panjang2 sebab dah kesuntukan masa. Malam ni nak balik ke Muar. Bertolak pukul 10:00 malam, tunggu Abang Ngah habis latihan silat. Dari petang semalam saya buat macam2 jenis muffin. Petang tadi baru siap. Lepas tu bakar pulak Puding Roti dan 2 biji Coffee Marble Cake. 200 biji muffin siap di letak dalam bekas plastik bertutup dan packing dalam kotak. Dan petang tadi BIL datang, ambik kotak2 muffin tu dan jugak tuala, bunga2 baju dan beg kertas untuk dibawa balik ke Muar. Tumpangkan barang kat kereta dia sebab bonet kereta kami kecik sangat.
Nasi Ayam Goreng, Mee Bandung dan Sirap Limau... Lunch dengan Ayong selepas jemput dia dari sekolah hari Rabu lepas.
No comments:
Post a Comment