Selepas majlis pernikahan hari Ahad lepas, semalam diadakan pulak gotong-royong mendirikan khemah2 dan balai2 di rumah MIL. Seawal 8:00 pagi orang2 kampung dah datang. Dan seawal 5:00 pagi saya pun dah bangun dan mandi. Sejuknyaaaaa airrrrrr....!!!! Selepas solat subuh, saya menguli tepung untuk dibuat Donut Gebu. Malam tadi saya dah masak Puding Pelangi sebanyak 4 adunan untuk gotong-royong ni. Mak Ngah pulak dan rebus kentang untuk dibuat donut dan Mak Long dah siap menumis ramuan2 untuk masak Meehon Goreng esok paginya.
Masa saya menguli tepung untuk dibuat donut, hubby pulak memasak meehon goreng. Masa Mak Long sampai, kami dah siap menguli donut dan masak meehon goreng. Sepatutnya meehon goreng tu projek Mak Long tapi hubby dah take over pulak. Then Mak Long dan Mak Ngah menerap donut pulak. Mak Long memang tukang masak yang terror sebab Mak Long ambik catering kat kantin sekolah di Parit Nawi nu...
Lepas tu jiran2 perempuan yang terdekat pun sampai untuk sama2 memasak - orang Johor kata "rewang". Ada jiran yang datang bawak Getuk2 Ubi. Sedap!!! Tak lama kemudian lori yang membawa segala periuk2 dan keperluan memasak dan juga lori yang membawa peralatan khemah dan balai tiba. Masing2 menyumbangkan tenaga untuk mendirikan khemah dan balai dan juga menurunkan peralatan memasak dari lori. Tepat jam 11:00 pagi semuanya selesai. Dan kami pun menghidangkan hidangan makan tengahari. Seronok tengok mereka makan sebab masing2 kelaparan agaknya. Menu makan tengahari ari tu ialah Kari Pedas Ayam, Sambal Soo Hoon, Temep Goreng, Sambal Kicap dan Puding Pelangi. Selepas semua "penggotong-royong" balik, kami pulak take turn untuk makan tengahari. Best makan kat bawah balai tu...dengan angin sepoi2 bahasa...cuaca pun tak panas! Tapi macam nak hujan jer....!
Lagi gambar2 gotong-royong tu kat sini tapi kat bahagian bawah2....
No comments:
Post a Comment