Majlis pernikahan dan persandingan BIL - Pak Andak, panggilan oleh anak2 saudaranya - pada hari Ahad lepas, 8hb. Mac 2009 di Parit Penghulu, Jalan Parit Jamil, Parit Sulung, Johor. Majlis pernikahan diadakan pada waktu pagi, lebih kurang jam 9:30 pagi. Dengan 2 kali lafaz, sahlah Pak Andak dan pasangannya menjadi suami-isteri. Majlis persandingan pula diadakan pada sebelah petang - lebih kurang 2:30 petang. Kami diarak dengan iringan paluan kompang dari rumah sebelah tu ke rumah pengantin. Tak jauh mana pun... tak habis satu lagu dah sampai! Dan memang menjadi tradisi orang Johor, mesti ada "TOL" di beberapa laluan ke pelamin. Sampai aje kat laman rumah pengantin perempuan, ada satu tol. Lepas tu ada satu lagi tol di tangga pertama nak naik ke berenda rumah. Lepas tu satu lagi tol di tangga untuk naik dari berenda ke atas rumah. Dan tol terakhir oleh Mak Andam dan krew2nya di atas pelamin. Banyak juga pengapit pengantin lelaki membayar tol hari tu. Tapi tradisi itulah yang memeriah dan menceriakan suasana....
Selepas selamat melepasi tol kat pelamin tu, barulah pasangan pengantin disandingkan. Pak Andak ni seorang yang amat pendiam dan pemalu. Tak pernah ada teman wanita sebelum ni. Ada juga bapak saudaranya mencalonkan seorang gadis tapi ditolak oleh Pak Andak. Bukan jual mahal tapi tak berkenan katanya..... Memilih jugak Pak Andak ni ya!!!!
Tapi Alhamdulillah!!!! Segalanya dah selesai sebaik saja lafaz nikah diucapkan. Hujung minggu ni kenduri menyambut menantu kat rumah MIL pulak. Kenduri tu ialah pada hari Ahad, 15hb. Mac 2009. Dan pada hari Sabtu sebelumnya tu , 14hb. Mac 2009, adik lelaki saya pulak bernikah nunnnnnnnnn jauh di Chuping, Perlis. Tapi sayang sejuta kali sayang sebab saya tak dapat hadir ke mjalis pernikahan adik lelaki saya tu sebab ada kenduri sambut menantu kat rumah MIL. Next weekend pulak baru kenduri sambut pengantin kat rumah saya di kampung. Insyaallah, masa tu baru dapat balik. Bukan tak sayu hati sebab itu adik lelaki yang bongsu, tapi apa nak buat, kan.......!
Jom le layan sebahagian daripada gambar2 majlis pernikahan dan persandingan BIL. Nak tengok gambar2 lain, sila ke sini....
No comments:
Post a Comment