Wednesday, March 11, 2009

Antara Buku dan Tuala

Antara Buku dan Tuala....bukanlah satu tajuk novel ataupun buku ataupun filem ataupun mimpi indah! Tapi ialah hakikat kehidupan....


Pagi tadi ada seorang lelaki bermotosikal berhenti di pagar rumah saya sambil mengetuk pintu pagar. Saya jenguk je dari dalam rumah sebab tak berapa berani (bukan takut...!!) kalau orang yang tak dikenali berdiri depan pagar rumah ni! Then at the same time, posmen pulak sampai sambil membunyikan hon motosikalnya. Nak tak nak terpaksa jugak keluar rumah. Rupa2nya Sang Posmen tu cuma "menolong" si mamat tu untuk panggil saya keluar. Lepas saya bukak pintu, Sang Posmen pun berlalu pergi selepas memasukkan surat ke dalam peti surat.


Di tangan si Mamat tu ada satu bungkusan sampul surat berwarna cokelat yang besar. Rupa2nya, Si Mamat tu ialah penghantar surat / bungkusan dari satu syarikat courier. Laaaa... ingatkan sapa la tadi!!!! Ada bungkusan untuk saya... tapi saya dah dapat agak dah apa dalam bungkusan tu dan daripada siapa. Sebabnya, memang saya tertunggu2kan bungkusan tersebut. Lepas aja saya sain kat dokumen mana yang patut, Si Mamat tu sempat mintak anak pokok bunga sepit udang kat luar pagar tu. Ambik la.....!!! Dia cabut sepokok je... saya suruh cabut lagi dia tak nak, dah cukup le sebatang je katanya. Sukahatilah.....!!!

Sampai aje dalam rumah, terus bukak bungkusan tu. Apa dalamnya??? Ini diaaaa.............

Akhirnya dapat gak buku ni. Best buku ni... untuk orang yang baru belajar macam saya ni. Banyak ilmu di dalamnya, ilmu pasal seni menghias kek! Siap ada wishing dan signature chefnya lagi....!


Selepas maghrib, saya keluar dengan hubby pulak. Ada 2 destinasi yang nak kami tuju. Destinasi pertama ialah ke kedai perkakasan pengantin - nak cari bunga dada, beg kertas dan reben lagi. Yang dah beli hari tu tak cukup...kena tambah lagi. Destinasi kedua ialah Giant Plentong - nak beli tuala lagi 20 helai. Pun tak cukup jugak yang dah beli 70 helai ari tu. Nasib baik jenis, pattern dan harga yang sama macam yang dulu tu masih ada stok! Selamat....!



Sampai je rumah terus gulung2 dan ikat2 tuala tu. Then simpan dalam bilik. Nampak gayanya, muffin yang saya nak buat tu pun kena tambah bilangannya jugak.... mesti lebih 100 biji...!

No comments: