Thursday, July 23, 2020

04.07.2020 - Majlis Yaasiin & Tahlil

04.07.2020 | SABTU

Alhamdulillah. Hari keempat di kampung.

Adik yang di Putrajaya dah sampai malam semalam. Pagi ni bersarapan di kedai sebelah rumah je. Heheheee :) Selesai sarapan, kami ke rumah MakYang - kakak arwah emak. Wancu - adik arwah emak - pun ada di rumah MakYang. Berbual lama juga dengan mereka berdua. Banyak sangat yang dibualkan. Langsung menjemput mereka ke majlis malam nanti.

Singgah pulak di kedai abang sulung - sebelah rumah MakYang je - sebelum ke rumah Makwe pulak. Makwe ni ialah balu kepada arwah abang emak. Habis separuh hari dah. Sebelah petang pulak, masing2 manjalankan tugas. Ada yang mengemas rumah, ada yang membeli barang2 keperluan majlis, ada yang makan :) 

Hasil pakatan dengan adik-beradik, kami mengadakan majlis bacaan Yaasiin dan tahlil untuk kesayangan2 kami yang telah pergi meninggalkan kami terlebih dulu. Kami mulakan dengan solat Maghrib berjemaah bersama adik-beradik, ipar-duai, anak2 saudara dan emak2 saudara. Diimamkan oleh adik yang duduk di Putrajaya tu.

Selesai solat Isyak, kami mulakan majlis bacaan yaasiin dan tahlil serta doa arwah. Dipimpin oleh tetamu jemputan. Alhamdulillah. Tertunai sudah hajat dihati untuk mengadakan majlis ini.

Majlis ini kami buat secara tertutup. Hanya ahli keluarga terdekat je. Masih alam PKP Pemulihan dan wabak Covid-19 belum pulih. Takut untuk menjemput ramai orang. Jemputan hanya kami lapan beradik berserta ahli keluarga masing2 sahaja. Dan empat orang emak saudara. Maaf kepada yang tidak dijemput.

Jamuan kami malam tu ringkas aje. Sekadar sate, nasi impit, kek pisang, brownies dan buah serta air panas. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menyumbang makanan2 ini.

Alhamdulillah. Tertunai sudah hajat dihati untuk mengumpulkan adik-beradik, ipar-duai, anak2 saudara dan cucu2. Walaupun tak semua dapat menghadirkan diri. Terima kasih banyak2.

In shaa Allah, jika diizinkan olehNYA, nanti kita berkumpul begini lagi...

Kami 8 beradik

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

tahun ni baru sekali rasanya buat tahlil untuk ahli keluarga. sbb kekangan PKP dan kekangan lain. tapi kita sendiri2 tu buat juga mana yang sempat..

Azita Zain said...

Ya, kekangan PKP ni. Tapi buat juga sendiri di rumah sendiri. Alhamdulillah...