Wednesday, July 22, 2020

01.07.2020 - Balik Kampung Selepas PKP

Alhamdulillah. Memulakan perjalanan seawal jam 8:30 pagi. Kami bertiga je - AbangYang, Adik dan saya. Singgah di kedai runcit. Beli aisbatu untuk diisikan dalam bakas polisterin yang berisi 20 botol air katira. Ada special request untuk air katira ni. :) 
Singgah isi minyak kereta penuh2 dulu. Senang, tak payah nak singgah mana2 dah nanti. Singgah juga penuhkan kad T&G. Singgah Starbuck Seri Alam, turunkan Ayong. Dia ada meeting dengan officemates kat situ. Lepas tu barulah meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

AbangYang memandu dari Pasir Gudang sampailah ke kediamannya di Villa Indah, Bandar Sunway. Alhamdulillah. Cuaca elok je sepanjang perjalanan. Dia ada kelas pada hari berikutnya. So dia tak ikut kami balik ke kampung.

Saya memandu dari Bandar Sunway. Jenuh juga nak keluar dari Bandar Sunway. 100% bergantung kepada aplikasi Waze. Kelam-kabut pemanduan. Suruh Adik tengokkan Waze, dia tak pandai katanya. Nasib baik la tak sesat. Hahahahaaa....

Alhamdulillah. Bila dah masuk E2 - Lebuhraya PLUS, leganya rasa hati. Adik kat sebelah melayan je maknya berbual. Tak bagi dia tidur sebab  boring memandu sorang2. Memandu secara santai2 je. Tak lebih daripada had  limit. Sopan je mak memandu. Singgah di R&R Tapah kejap. Beli putu bambu je kat van yang ada tepi tu. Putu Bambu World kata deme...

Jam 2:00 petang, dah masuk sempadan negeri Perak. Alhamdulillah.
Putu Bambu World
Jam 3:30 petang dah nak keluar tol Ipoh Selatan
Jam 3:55 petang, dah sampai ke pekan Chemor. Simpang lampu isyarat.
Alhamdulillah. Selamat sampai ke rumah peninggalan arwah emak & arwah abah jam 4:05 petang.
Wajah2 kesayangan hamba...

No comments: