Alhamdulillah. Berkesempatan untuk ziarah puasara insan2 tersayang yang telah pergi meninggalkan kami. Di pagi Jumaat yang redup.
Pusara arwah emak dan abah kesayangan kami. Arwah abah dah meninggalkan kami pada 03.11.1995, hampir 25 tahun. Arwah emak pula meninggalkan kami di awal 10.12.2017.
YaAllah, Kau ampunilah dosa2 kedua arwah ibu & ayahku, Engkau lapanglanlah kubur mereka, Engkau terangilah kubur mereka, Engkau jauhkanlah mereka daripada azab kubur, Engkau masukkanlah mereka ke dalam syurga FirdausMu dan Engkau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil. Aamiin Allahumma Aamiin...
Pusara arwah atok sebelah arwah abah, Chu bin Kulop Abu Bakar, dan pusara arwah adik bongsu arwah abah, Idris bin Chu.
Pusara arwah anak saudara, Adam bin Ros Shafarin.
Chu Faridah, balu kepada arwah Idris bin Chu, yang menjadi teman akrab arwah emak semasa hayatnya. Secara tak langsung, amat rapat dengan keluarga kami.
2 comments:
rindu arwah ayah saya.. tahun ni sngt kurang kesempatan nak ziarah pusara.
kekangan PKP semua. insyallah soon mmg nak pergi..
Sedeqahkan Al-Fatihah utk kesayangan2 kita yg dah pergi terlebih dahulu...
Post a Comment