Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ayong dah selamat menjadi warga UiTM Puncak Alam pada hari Sabtu lepas, 2hb Jun 2012. Ayong akan mengikuti program Asasi Sains selama setahun di sana.
Kami bertolak dari Pasir Gudang sekitar jam 8:30 malam hari Jumaat. Kami bermalam di Presint 8 Putrajaya dulu, di rumah adik saya. Pagi Sabtu tu barulah kami bertolak ke Puncak Alam. Kami pergi dengan satu kereta sahaja...konon2nya nak mengelakkan kesesakan. Kami sampai di sana sekitar jam 8:30 pagi. Alhamdulillah...tidaklah terlalu ramai sangat. Ayong ditempatkan di kolej penginapan Kolej Rafflesia 2.
Kolej Rafflesia 2...
Semasa di pintu masuk utama tadi, kami diberi kad pendaftaran yang perlu diisi oleh pelajar dan dihantar semasa mendaftar di kolej penginapan. Mula2 semua kenderaan dibenarkan masuk hingga ke kawasan kolej penginapan. Selepas semua barang2 diturunkan, kenderaan mesti dihantar ke kawasan yang telah ditetapkan...nun jauh di bawah sana. Nak naik semula ke kolej penginapan, bas ada disediakan. Begitu juga untuk turun semula ke kawasan letak kenderaan nanti. jadinya tidaklah kawasan kolej penginapan tersebut sesak dengan kenderaan.
Selepas itu kami terus mendaftar di kolej penginapan yang telah ditentukan tadi. Proses pendaftaran tidaklah rumit sangat. Selepas mengisi kad yang diberikan di pintu masuk utama tadi, serahkan kad tersebut di meja pendaftaran. Petugas akan memberikan set kunci bilik bersama dengan borang2 yang perlu diisi dan dipulangkan kemudian nanti. Lepas tu kami terus naik ke bilik. Bilik Ayong di tingkat 2. Tak perlu nak panjat tangga sebab kemudahan lif disediakan.
Kami merupakan keluarga pertama yang masuk ke rumah tersebut. Alhamdulillah...memang selesa rumahnya. Satu rumah ada 4 bilik. Setiap bilik ditempatkan 2 orang pelajar sahaja. Ini ialah rakan sebilik Ayong. Namanya Shima...orang Tanjung Rambutan, Chemor, Perak. Hmmm...nampaknya Ayong dapat rakan sebilik orang Perak juga. Shima ambil program Asasi Kejuruteraan.
Ini ialah ibu dan bapa Shima...
Pemandangan dari bilik Ayong. Hentian bas betul2 berada di depan bangunan R2 ini. Senang kalau nak turun naik bas.
Pada hari tersebut, cuma pendaftaran asrama sahaj yang dilakukan. Selepas jam 3:00 petang barulah program mereka akan bermula. Pendaftaran akademik pula hanya diadakan pada hari Isnin. Ianya akan dilakukan sendiri oleh pelajar2. Cumanya kena pastikan segala dokumen yang diperlukan adalah lengkap.
Sementara menanti "waktu perpisahan", kami ke cafe untuk mengisi perut sekejap. Kami tak makan pun...sekadar minum dan makan roti bom 3 keping yang dikongsi bersama 5 orang. Di bahagian bawah bangunan kafeteria ini juga terdapat koop serta booth menjual tiket bas ekspress. Manakala di bahagian atasnya menempatkan pejabat pentadbiran kolej.
Ada kaunter laporan kerosakan disediakan di bawah kolej kediaman. Ayong sedang beraksi dengan Pak Anjangnya...konon2 nak melaporkan kerosakan. Action sajaaa.....!
Tengah nak berposing, telefon Ayong pulak berbunyi...
Muka sedih ke...muka gembira?
Ada cerita disebalik senyuman Pak Anjang melihat orang tu terbongkok2 mengambil air dari vending machine tu...!
Abah...Ayong...emak!
Saat untuk berpisah tiba jua akhirnya. Huhuhu...sedih seorang ibu untuk meninggalkan sorang2nya anak perempuan di perantauan. Demi masa depan Ayong... Peluk bukan sebarang peluk tu...penuh dengan nasihat dan pesanan!!!
Air 100 Plus dengan 1001 kisahnya...hahahaha!
Dari kawasan kolaj kediaman, kami menaiki bas yang telah disediakan untuk turun semula ke kawasan letak kenderaan. Luasnya kawasan lapang ni...! Yang di sebelah sana ialah Kolej Angsana...kolej kediaman pelajar lelaki.
4 comments:
Tahniah dah jadi warga Uitm
tahniah ita.. tgok ita peluk2 itu sy pulak yg rasa nk menitis airmata.. hahahaha.. teringat2 pulak.. smga ayong dapat meneruskan kecemelangannya disini.. nampk selesa tempatnya, byk kmudahan n serba baru.. tahniah utk ayong n ita skrga..
Salam Azita,
Anak saya pun sama jugak. Dah jadi warga uitm puncak alam dan duduk di tingkat 5 R2. Hari ni dia dibenarkan balik ke rumah melepaskan penat setelah 4 hari mds yang cukup mencabar. Semoga anak2 kita dipermudahkan Allah untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka. Amin.
welcome to P.ALAM!!selamat menjadi palamers..
Post a Comment