Monday, June 18, 2012

Berhujung Minggu Di Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Si molek Alia...!

Dah tiga kali hujung minggu kami tiada di rumah. Minggu 2hb Jun aritu, kami menghantar Ayong ke UiTM Puncak Alam. Minggu 9hb Jun tu pula, kami menghantar Abang Yang balik ke SDAR Seremban. Semalam dan kelmarin pulak, kami balik ke Muar...melihat2 persediaan akhir untuk majlis perkahwinan adik hubby. Kiranya inilah majlis perkahwinan yang terakhir yang akan diadakan di rumah MIL sebab semua adik-beradik hubby dah berumahtangga.

Kami bertolak balik ke Muar pada hari Jumaat malam Sabtu, bertolak sekitar jam 10:00 malam. Pada petang Jumaat tu, Abang Yang ada balik sebab Negeri Sembilan akan bercuti pada hari Isnin bersempena Israk Mikraj. Abang Yang sampai di Stesen Bas Larkin sekitar jam 7:00 malam. Hubby dan Abang Ngah yang pergi jemput. Abang Yang pun dah lama tak balik kampung atok. Kami sampai di kampung sekitar jam 1:30 pagi.  



Sampai aje di kampung, saya tengok MIL tidur nun di bahagian dapur sana bersama dengan FIL. Bukanlah tidur betul2 di ruang dapur, tapi ada ruang makan dan ruang untuk bersantai2 berhampiran dengan dapur tu. Rupa2nya MIL dah hampir sebulan menanggung kesakitan. Memang kami tahu MIL sakit tapi tidak menjangkakan sampai begitu keadaannya. Nak bangun pun kena berpapah, nak berjalan terpaksa mencari sokongan tongkat, dinding atau apa2 saja yang tercapai dek tangan. MIL dan FIL tidur di ruang tu sebab hampir dengan bilik air...senang nak ke bilik air. Tidak perlu turun naik tangga kalau tidur di dalam bilik tidur. Kadang2 MIL tidur di atas kerusi malas jer... Kesiannya MIL! Sakit2 pun, MIL ni takut nak ke klinik. Itu masalahnya...!


Pagi Sabtu, hubby dan saya ke Parit Lapis, Parit Sulung. Tujuan kami untuk mencari kerepek segar dari kilang. Ada satu kilang Bumiputra yang mengluarkan bermacam2 jenis kerepek di situ. Nak cari kerepek untuk majlis perkahwinan adik hubby hujung bulan nanti. Kerepek tu untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang, juga untuk hidangan cimil-cimilan kata hubby. Kami borong 4 paket yang besar2 untuk 4 jenis kerepek...packing 5kg setiap satu. Harganya amat murah  berbanding dengan harga di luar. Yalah...segar dari kilang!!!  Biskut2 raya pun dah ada dijual di situ. Macam2 jenis ada.

Ihsan pakcik google...!

Pada sebelah petang pulak, kami pujuk emak untuk ke klinik. Nasib baik MIL nak. Kami bawa bersama anak saudara yang sedang membuat latihan praktikal di Hospital Muar tu. Dia ambil Diploma Makmal Perubatan di UiTM. Sekarang di semester akhir, sedang buat praktikal di Hospital Muar. Jadinya dia lebih tau pasal ubat2 ni. Dialah yang menerangkan pada doktor jenis2 ubat dan kandungan ubat2 yang telah diambil oleh MIL sebelum ini. Sampai di klinik, saya terus ambil kerusi roda. Parking pulak jauh dari klinik. Lepas daftarkan MIL, dapat nombor 55. Tanya pada nurse yang bertugas tu nombor berapa yang sedang dilayan oleh doktor. Katanya nombor 51. Hmmm...kiranya tak lamalah nak tunggu sehingga nombor akan dipanggil. Tapi tengok keadaan di dalam klinik tu, punyalah ramainya orang! Sampai ada yang terpaksa berdiri. Expatriate pun ramai. Nak buat medical check-up. Ingatkan sekejap je menunggu, rupa2nya jejak 1jam setengah gak. Tak tahan nak tunggu lama2, saya minta nurse tu server dulu MIL sebab MIL pun tak boleh duduk lama2 atas kerusi roda tu...sakit satu badan. Akhirnya kami dilayan dulu. Alhamdulillah. Dah masuk ke dalam bilik doktor, barulah tahu kenapa lama sangat doktor tu server setiap patient dia. Doktor tu memang peramah. Dia tanya dari A sampai Z. Macam2 suggestion dan option dia bagi. Nak buat blood test, makmal pulak tutup hari tu. Jadinya doktor cuma bagi ubat. Dia suruh MIL buat blood test kemudian untuk menentukan tahap kesihatan yang sebenarnya.

Alhamdulillah, MIL dah bertambah sihat selepas makan ubat yang diberikan. Pada sebelah malam tu, MIL boleh tidur lena. Syukur Ya Allah!!!


No comments: