Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Hmm...bila dah bergaya macam gini, hensemnya anak bujangku ini! Patut ler ramai yang tergoda...hahaha (tergoda ke?). Ini hari pertama Abang Ngah nak mengikuti Program Doktor Muda kerjasama antara Hospital Penawar dan SMK Pasir Putih. Seramai 20 orang pelajar terpilih untuk mengikuti program ini yang akan dilangsungkan selama 10 hari bermula dari 28hb Mei hingga 8hb Jun 2012, dari Isnin hingga Jumaat. Alhamdulillah, Abang Ngah terpilih untuk menyertai program ini. Program ini julung kali diadakan oleh Hospital Penawar.
Program ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Akademik SMK Pasir Putih bertujuan untuk memberi motivasi dan pengalaman baru kepada pelajar2 mengenai kerjaya sebenar seorang doktor dan warga hospital.
Matlamat program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah (soft skill) pelajar terutama dalam aspek pembelajaran kendiri, kepimpinan , perundingan dan etika kerja. Di samping itu, mereka juga diharapkan agar mendapat pengalaman baru dan melihat sendiri tugas dan cabaran sebagai seorang doktor. Ianya juga dapat memberikan kesedaran kepada pelajar2 tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti.
Pelajar2 yang terpilih adalah dari jurusan Sains Tulen merangkumi pelajar Tngkatan 4 Zahrawi dan Tingkatan 5 Zahrawi. Pemilihan juga berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertama ari tu. Kalau gagal subjek teras, mereka tidak akan dipilih. Diantara 20 orang pelajar ini, cuma 6 orang sahaja pelajar lelaki yang terpilih dan berminat. Selebihnya ialah pelajar2 perempuan. Murid Tingkatan 5 seramai 9 orang dan Tingkatan 4 pula 11 orang.
Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan ditugaskan di bahagian2 yang berlainan setiap hari. Bahagian2 yang terlibat ialah wad, klinik, makmal, farmasi, fisioterapi, dewan bedah, procument dan juga bahagian penyambut tetamu.
Hari pertama Abang Ngah bertugas di klinik pakar Mayang Sari. Begitu terujanya dia bercerita tentang pengalaman pertama bertugas. Ada diantara mereka yang merasai sendiri pengalaman mengambil darah pesakit...dari mula mengikat tangan, mencari salur darah, menyuntik jarum dan seterusnya menyedut darah pesakit (bunyi macam drakula isap darah pulak...hihihi). Ada juga yang melihat sendiri kes2 kecemasan seperti kemalangan, disimbah asid dan sebagainya di Wad Kecemasan.
Pengalaman yang paling berharga yang bukan semua orang dapat merasakannya. Alhamdulillah...Abang Ngah salah seorang daripada pelajar yang terpilih untuk mengalami dan merasai semua ini.
Hahaha...happynya abah bersama Doktor Muda ini...!
No comments:
Post a Comment