Saturday, June 9, 2012

Happy 18th Birthday Ayong!


Selamat menyambut ulangtahun yang ke-18 untuk anak sulungku, Nur Azirah aka Ayong aka Ayong Eton!!!
Hari ini, 9hb Jun 2012, genaplah umur Ayong 18 tahun. Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang puteri dalam keluarga kami. Tapi sayangnya tahun ini kami tidak dapat bersama2 meraikannya sebab Ayong sekarang sedang menyambung pelajaran ke Program Asasi Sains di UiTM Puncak Alam. Baru aje hari Sabtu lepas (2hb Jun 2012) mendaftar di kampus Puncak Alam tu.


Tahun lepas birthday Ayong diraikan bersama rakan2 sepancaragamnya sebab masa tu diorang ada kem pancaragam di stadium. Birthday cake ni saya buat sendiri. Sebab Ayong peminat Domo, jadinya saya pun design ler lebih kurang bentuk Domo tu. Kek ini ialah kek cokelat lembab...dan semuanya berasaskan cokelat...layer dan topping dengan choc ganache serta frosting dengan choc buttercream. Hahaha...ada rupa Domo...kan??? 

Itu kek tahun lepas. Tahun ini??? Saya tak buat sendiri untuk dia sebab dia tak ada di sisi kami. Saya order je...minta dihantar ke kolej dia. InsyaAllah...esok pagi baru saya akan nampak macam mana rupa kek yang saya tempah untuk Ayong tu.

Ini pulak ialah birthday presents dia last year. hadiah dari orang lain...bukan dari kami! Hadiah dari kengkawan dia. Dua2 ekor Domo ni ditinggalkan di dalam bilik dia. Dia tak bawak bersama ke UiTM.


Istimewa untuk Ayong...
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-18
Moga dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan urusan menghadapi pelajaran, dilindungi dan dirahmati olehNYA selalu. InsyaAllah...
Juga moga menjadi anak yang solehah, menjadi pendorong kepada adik2 untuk menuju kejayaan di dunia dan akhirat.
KAMI SAYANG AYONG!!!

3 comments:

Unknown said...

Happy birthday Ayong:-) belajar rajin2 ye...

Azita Zain said...

Terima kasih Zana...!

Unknown said...

selamat hari jadi ayong..mesti tak meriah tanpa anak di sisi kan azita..tapi tak perlah ..untuk kebaikkan dia jaga kan

semuga berjaya mencapai kejayaan ayong