Monday, June 25, 2012

Ke Puncak Alam



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam kami ke Puncak Alam.


Seawal jam 4:00 pagi kami dah bangun. Mandi dan bersiap2. Jam 5:00 pagi kami bertolak. Destinasi kami ialah ke UiTM Puncak Alam. Bermakna dah 4 kali hujung minggu kami tidak berada di rumah. Macam yang saya bagitau pada entry sebelum ini. Pukul 6:00 pagi kami singgah di R&R Machap...solat Subuh. Jam 7:00 pagi kami dah masuk sempadan Melaka. 7:20 pagi kami singgah di R&R Ayer Keroh untuk bersarapan. Srapan yang ringkas aje. Mihun goreng + telur mata  2 set untuk hubby dan saya, mee goreng + telur mata utk Abang Ngah dan ayam goreng + telur mata untuk Adik. Dah habis bersarapan, kami meneruskan perjalanan sekitar jam 8:00 pagi. Selepas 10 minit pemanduan, kami dah masuk ke sempadan Negeri Sembilan. Sampai di Nilai Utara, kami belokkan pemanduan ke Lebuhraya Elite pulak. Singgah di R&R Dengkil untuk mengisi minyak kenderaan. Dari Lebuhraya Elite, kami keluar menghala ke Lebuhraya Guthrie sesampainya kami di persimpangan antara ke Ipoh/Utara dan ke Shah Alam/Guthrie sebaik melepasi Stadium Shah Alam. Pertama kali kami mencuba nasib untuk melalu jalan tersebut. Jadinya pemanduan memang amat berhati2 sambil memandang dan mencari papan tanda menghala ke Meru/Puncak Alam. Alhamdulillah...dalam sekitar jam 9:40 pagi kami dah sampai ke UiTM Puncak Alam.


Dekat2 nak sampai Kolej Rafflesia 2 tu, saya sms Ayong. Suruh dia turun. Mula2 Ayong tak percaya sebab mungkin awal sangat kami sampai.

 My lovely daughter...Ayong Eton!

Selepas berbual sekejap dengan Ayong di kawasan parkir kereta tu, kami terus ke R5 pulak. Ada barang yang dikirimkan oleh parents Izzati untuknya. Izzati adalah rakan sekelas dan sepancaragam Ayong dulu. Kini sama2 belajar di sana. Asasi Sains jugak. Cuma tak sama  kumpulan.kelas dan juga tak sama kolej kediaman. Selepas berbual2 dengan Izzati dalam 30 minit, kami bergerak semula ke R2. Saya dan Adik naik ke bilik Ayong.

 Bilik Ayong...meja study dan katil.

Satu rumah ada 8 orang penghuni. 2 orang lagi malu pulak nak tampalkan identiti mereka di muka pintu ini...

 Cafe...

Adik suka sangat naik benda alah ni...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...kan? Begitu juga dengan kami. Tiba juga masa untuk berpisah untuk sementara waktu dengan Ayong. Tapi baru je mak nak bagi kata2 azimat, Ayong dah kata jangan cakap2 apa...nanti dia touching! Hmmm...sudahnya, huhahuha cam gitu je. Adik peluk2 Ayong...nanti rindu Ayong lagi katanya. Abang Ngah dan hubby macam biasa jer...tak mahu mejadikan suasana hiba. So...ceria2 selalu!!! Selamat tinggal Ayong...! Belajar rajin2 ya. Jangan stress2, jangan tension2, jangan itu, jangan ini... Solat jangan tinggal. Jadi good girl ya!

 Haaaa...labu sayong ni rasanya boleh menampung air cukup untuk 1 blok kediaman

Keris di tengah2 bulatan (round-about)...tak pasti berapa "lok" pulak.


Dalam perjalanan melalui Lebuhraya Elite, kalau tak silap di Km. 9, jalan sesak di sebelah bertentangan. Rupa2nya ada kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan (itu yang saya nampak). Ada juga yang tercedera yang sedang dirawat oleh anggota St John Ambulance di pinggir jalan. Kesesakan hingga ke Km 11...

Kami singgah di Presint 8, Putrajaya sekejap. 3:30 petang dari UiTM, sampai di Presint 8 jam 4:15 petang. Hubby sempat melelapkan mata sekejap. Memang hubby penat dan mengantuk sebab pagi tu hubby tengok bola dulu. Belum sempat tidur lagi sampailah ke petang tu. 6:40 petang barulah kami bertolak dari Putrajaya.  Sebelum tu Abang Yang dah telefon 3,4 kali...tanya samada nak singgah kat SDAR ataupun tidak. Saya tidak bagi harapan pada dia sebab kesuntukan masa. Nak masuk ke SDAR pun, waktu dah lewat sangat. Jam 7:33 malam, kami melepasi SDAR. Selamat tinggal Abang Yang! Mak tak sempat nak singgah. Huhuhuhu...sedih sebenarnya sebab tak sempat nak jenguk dia.

Kami singgah solat di Restoran Jejantas Ayer Keroh sekitar jam 8:00 malam. Terus makan malam kat situ. Tapi saya makan sandwich telur je. 9:10 malam kami melepasi sempadan negeri Johor. ALhamdulillah...jam 11:40 malam kami selamat sampai ke Home Sweet Home!!!

1 comment:

Unknown said...

mcm mna nk follow blog awk?