Monday, June 25, 2012

Jemput-Jemput Ikan Bilis



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kejap tenggelam, kejap timbul. Itulah hakikat untuk tuan rumah ini. Kejap ada...kejap tak ada. Kejap update selalu, kejap lama bebeno tak mengupdate. Nasib baik;ah tak berkubur terus.

Haaa...ini pulak bukan cerita dan hidangan baru. Tapi hidangan sarapan pada hari Selasa minggu lepas. Juadah sarapan saya bersama dengan Adik. Hubby tak boleh makan jemput2 ni sebab ada ikan bilis. Hehehe...dilarang sama sekali memakannya! Hubby makan roti jer...


Jemput2 ikan bilis digandingkan dengan teh tarik. Ummmpppphhhh! Memang mabeles. 


Nak buat jemput2 ni senang aje. Rasanya semua orang pun dah pernah membuatnya. Itupun ikut citarasa sendiri. Nak pedas ke, nak masin ke, nak tawar je ke.. Saya punya sedang2 aje. Tak pedas, setakat ada terasa cilinya. Tepung gandum, garam secukup rasa, ikan bilis yang ditumbak kasar, bawang merah dan bawang putih yang dikisar, cili yang dikisar, sebiji telur, daun sup dan daun bawang. Campurkan semuanya sekali ke dalam mangkuk besar dan bancuh dengan air bertapis. Kepekatannya macam kita buat jemput2 yang lain. Lepas tu gorenglah hinggan kekuning2an. Siap!

4 comments:

Liza said...

salam kak ita, ni peberet Liza ni...pergghhhh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sama dengan Liza, sy peminat jemput2.. 20 ketul saya punya sorang.. hehe

asyifamustaffa said...

jemput jemput....peberet sepanjang zamannnn.....:)

Azita Zain said...

Liza, Yus, Asyifa :
Peberet kita bersama!!!