Sunday, June 5, 2011

Marathon Ahad


Hari ini hari Ahad. Tapi cerita saya ni bukannya berkisar pada hari ini. Sebaliknya adalah cerita Ahad minggu lepas. Bermakna dah seminggu berlalu. Dah basi ke? Belum lagi rasanya sebab tak ada orang yang tau apa yang berlaku pada Ahad tersebut kecuali kami...

Ahad...29hb Mei 2011. Ayong ada Kelas Ibnu Sina di sekolah. Azrai pun kelas juga. Cuma Azhari dan Azri saja yang tak ada kelas tambahan. Kelas mereka bermula jam 8:00 pagi. Selepas mereka ke kelas, kami pun turut sama melangkah keluar rumah. Destinasi pertama ialah ke Hospital Penawar (cerita lanjut di SINI...). Saya membawa sepasang persalinan, tuala dan juga toiletteries untuk pesakit yang kami lawati. Dari sana, kami terus pula ke Johor Bahru. Destinasi kami ialah ke sini .....

City Plaza, Jalan Tebrau, Johor Bahru...

Apa ada kat situ? Hehehe...nak berjumpa dengan Cik Siti Bank le... Kali ini kami mengikut jalan pintas yang baru. Dari Taman Rinting terus saja ke Permas Jaya. Tak perlu untuk mengikut lebuhraya PG-JB. Jalan baru ni cantik. Masih tidak banyak kenderaan yang melalui jalan tersebut.

 Pokok2 mati dan ranting2 dahan yang menarik perhatian...


 Pemandangan di jalan yang baru tu...

Urusan dengan Cik Siti Bank berjalan lancar. Tak sampai 5 minit dah selesai. Dalam perjalanan balik, kami singgah pulak di sini :

 Chamek Kopitiam, Sri Alam...

Kami singgah untuk bersarapan. Walaupun waktu dah menunjukkan hampir pukul 10 pagi, tuntutan perut yang berdendang kena juga dipenuhi.

 Suasana di dalam kopitiam...

 Adik dan Abang Ngah bersama minuman masing2...

Inilah juadah sarapan pagi kami pada pagi tersebut. Adik makan nasi lemak + ayam goreng + telur mata kerbau + horlick suam, Abang Ngah pulak makan nasi lemak + telur mata kerbau + milo suam, hubby makan mee goreng mamak + kopi-o dan saya makan roti pattaya + kopicinno. Satu set ubis rebus ikan masin pula kami nikmati bersama2. Alhamdulillah...!

Balik daripada bersarapan, barulah saya bersilat pulak di dapur untuk tetamu yang hadir pada sebelah petangnya pulak (ceritanya di SINI...). 

Belum habis lagi ni. Lepas tetamu berangkat pulang, hubby dan saya terus pula berkejar ke Hospital Penawar lagi. Melawat pesakit di Wad 314. Menurut kata pesakit, Siti, dia dah boleh balik dah. Cuma kena tunggu clearance sahaja. Setelah agak lama menanti, barulah Siti dibenarkan balik. Kami terus membawa Siti ke rumah kami memandangkan suaminya tak ada di rumah kerana outstation. Hmmm...hampir jam 10:00 malam juga baru sampai ke rumah. Dan malam tu....kami tidur awal kerana keletihan...!!!


1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Ita..dah sbk2 sempat masak pelbagai juadah tuk tetamu....hebat akak nih!