Pagi semalam, Selasa, Ayong dah ke kem pancaragam di Stadium Perbandaran Pasir Gudang selama lima hari empat malam. Tinggallah tiga Muhammad kat rumah. Tiga Muhammad mengadap lappy sebijik untuk main game. Berebut2. Terpaksa ikut giliran. Selepas Zohor masing2 kelaparan. Malas nak ke dapur pulak rasanya. So offer mereka untuk makan di luar. Bila tanya nak makan apa, masing2 ada citarasa sendiri. Abang Ngah (Azhari) nak makan meehon tomyam. Adik (Azri) nak makan roti canai telur dengan horlicks suam. Abang Yang (Azrai) pulak nak makan char kuay tiaw. Alamak...kat mana nak memenuhi citarasa yang berlainan ni? Bila saya bersuara bertanya siapa nak makan pizza, laju pulak ketiga2 mereka angkat tangan sambil menyahut...NAKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!! Ok settle....terus ke Pizza Hut di Pusat Bandar.
Kami order set pizza untuk empat orang. Ada 4 sup, 2 pan pizza, 1 jug dan stick bread. Kemudian tambah kepak ayam 4 ketul. Pizza pulak kami tukar ke cheezy lava.
Tiga Muhammad sedang menikmati hidangan masing2...
Ni je yang tinggal...2 keping pizza. Masing2 dah kekenyangan. Bawak balik pizza ni untuk hubby...hehehe
Sampai depan pagar rumah, nampak pulak gumpalan awan cantik ni...
Lepas tu saja2 snap gambar2 di bawah ni...
No comments:
Post a Comment