Wednesday, June 1, 2011

Wad 314


 Lampu yang cantik...! Macam pelita minyak tanah zaman dulu2 jer. Wallpaper pun menarik dan sedondon...

 
 Lukisan ni pun cantik...!

 Yang terletak antara dua tirai ini pun cantik...!

Hehehe...semua ini terdapat di Bilik 314...

 Pandangan penuh sedikit...

Korang nampak tak katil yang hujung sana tu...ada yang tengah berselimut tu? Korang tau tak siapa tu? Dan situasi di mana ni? Rasanya korang boleh teka...kan? Sebab dah terang lagi bersuluh....!

Ni adalah pemandangan di dalam salah satu wad di Hospital Penawar. Ada cerita di sebaliknya. Bukan saja2 pergi sana nak tangkap gambar. Bila ditenung lama2, langsir / tirai tu dah macam kulit ular sawa pulak. Tapi cantik...

Hari Sabtu lepas, sekitar waktu Maghrib, saya menerima panggilan telefon dari biras saya. Minta saya masakkan bubur nasi untuk dia. Pelik juga saya kenapa dia nak mintak saya masakkan untuk dia. Rupa2nya dia dah tiga hari terlantar di rumah...tak boleh nak bangun. Hubbynya tak ada...outstation. Kebetulan pulak selepas Magrib tu saya nak ke Majlis Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat di Taman Bukit Dahlia. Jadinya memang tak sempat nak memasak. Tapi saya berjanji dengan dia saya akan datang dan bawa bubur nasi tersebut. Ingatkan selepas majlis tu, nak singgah je kat McD dan belikan bubur nasi. Tapi semasa kami sedang menjamu selera di majlis tu, dia called...katanya adiknya nak bawak dia balik ke kampung di Felda Tunggal. Saya kata kami (hubby dan saya) nak bawak dia ke klinik @ hospital dulu. Nak check sekali lagi sebab hari tu dia dah ke klinik tapi keadaannya masih sama. So, kami mengundurkan diri dari majlis berkenaan dengan agak tergesa2 dan terus ke rumah dia. Masa kami sampai, dia terkapai untuk membukakan pagar...berjalan dengan mata terpejam sebab tak boleh nak buka mata. Kalau buka mata, berpusing seluruh dunia.

Kami terus bawa dia ke Hospital Penawar. Bila nampak aje saya memapah orang yang jalan terpejam2, terus jer doktor yang ada kat kaunter tu suruh nurse ambilkan kerusi roda. Terus tolak ke dalam wad kecemasan. Terus kena drip. Kami disuruh menanti di luar je. Selepas nurse tu keluar, dia suruh saya registerkan dia untuk admit ke wad. Mesti ke admit kata doktor. Paling kurang untuk satu malam.

Sebelum dibawa ke wad, dia kena buat CT Scan dulu...brain scanning. Saya pun masuk juga ke bilik scan tu...nak tengok macamana proses CT scan tu dijalankan. Sambil tengok2...sambil mulut ni bertanya itu dan ini kepada petugas tu. Nasib baik dia tak marah...hehehe. Dah siap CT scan,  barulah dibawa ke wad di Tingkat 3. Wad yang biasa ru dah penuh, so nurse tu bawa kami ke bilik baru. Bilik yang kat atas tu tadi la. Cantik...kan? Ada 5 katil (termasuk 1 katil untuk kanak2). Cuma dia seorang jer menghuninya...
 Bila tengok bilik yang kemas, cantik, menarik macam tu...hilang sikit rasa sakit pesakit kot. Memang sedap mata memandang...!

Oh ya...saya tak bagitau lagi ya siapa yang sakit tu. Biras saya, Siti Suhaila. Tapi alhamdulillah, dia dah pun keluar pada Ahad malam ari tu. Dapat MC sampai 6hb Jun...

2 comments:

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.ita..mmg cantik bilik hospital tue..elok gak hiasan camtu...relex sikit pesakit kan?semoga biras k.ita cepat sembuh yer...