Sunday, June 5, 2011

Katil 202-3


Dalam tempoh tak sampai seminggu, dua kali kami berulang-alik ke Hospital Penawar. Pada hari Sabtu minggu lepas, 28-05-2011, biras saya dimasukkan ke sini (ceritanya di SINI..). 
Jumaat lepas, 03-06-2011, anak saya pulak, Azrai - Tahun 6, dimasukkan ke hospital ini.


Mengapa Azrai dimasukkan ke wad di hospital ini? Panjang jugak ceritanya ni... Cam gini ceritanya :

Pagi2 lagi Azrai dah ke sekolah sebab ada kelas tambahan untuk pelajar2 Tahun 6. Hari Jumaat tu merupakan hari terakhir kelas tambahan mereka. Seawal pagi lagi saya dah mengadap tempahan2 yang harus saya siapkan untuk hari tersebut. Banyak pulak tu! Bayangkan...apam comel 500 biji, cupcake 25 biji, cistat 100 biji, tat buah 30 biji. Malam sebelum tu saya cuma dapat lelap sekitar jam 4:30 pagi gara2 nak menyiapkan apam comel tu. 

Bermula pagi Jumaat tu, saya meneruskan dengan tempahan2 yang masih belum siap. Sebelah pagi saya berjaya menyiapkan cistat, tat buah dan cupcake. Selepas makan tengahari, saya meneruskan projek apam comel pulak. Malam sebelum tu saya dan hubby berjaya membuat sebanyak 500 biji. Ada lagi 200 biji yang kena disiapkan. 

Semasa hubby dan anak2 balik dari solat Jumaat, saya masih lagi mengadap apam comel tu. Hubby terus masuk ke dalam rumah. Konon2nya nak menolonglah isterinya yang kepenatan ni. Baru je hubby nak duduk di kerusi, Azri menjerit memanggil abahnya. Sebelum tu Azhari dan Azrai bermain basikal di dalam kawasan pagar rumah. Azri kata Azrai jatuh basikal. Azhari suruh Azri panggilkan abah. Hubby dan saya ingatkan mereka cuma main2 je. So kami biarkan aje. Lepas tu Azhari menjerit memanggil abah lagi. Kali ini saya pulak berlari ke muka pintu untuk melihat apa yang terjadi.

Apa yang saya nampak ialah Azrai telah terbaring di atas lantai sambil badannya menggelupur. Azhari pulak sedang menarik basikal yang jatuh menimpa hujung kaki Azrai. Saya ingatkan Azrai cuma main2 tapi kata Azhari itu adalah betul2. Saya cepat2 panggilkan hubby. Kami berlari keluar. Hubby cepat2 memapah Azrai ke bawah bumbung (awning). Masa tu saya lihat mulut Azrai dah berbuih2 dan berair2. Badannya masih menggelupur. Badannya dah pucat lesi. Ya Allah...apa yang terjadi dengan anakku??? Saya cepat2 berlari mendapatkan kain untuk diletakkan diantara dua rahang sebab masa tu dia dah macam nak kena kancing gigi.

Hubby dan saya dah panik...tak tau nak buat apa. Mulut hubby pulak pok-pek marahkan Azhari sebab dia ingatkan Azhari yang menyebabkan Azrai terjatuh. Sambil memangku dan memeluk dia, saya menampar2 mukanya dan memanggil2 namanya untuk menyedarkannya. Hubby pulak dah berlari ke kereta, menghidupkan enjin kereta. Tak lama lepas tu, Azrai macam dah sedar sikit. Tiba2 dia menangis dalam pelukan saya. Tapi sebenarnya dia masih berada dalam keadaan di luar sedar sebab dia tak menyahut pun panggilan2 saya. Hubby terus mendukung dia dan membawanya ke hospital. Hubby suruh saya tinggal aje di rumah dan dia membawa Azrai ke hospital bersama Azhari.

Pada masa yang sama, mixer saya masih berputar...membancuh bancuhan untuk apam comel...! Akhirnya, saya kukus aje apa yang dah dibancuh dan yang selebihnya terpaksalah saya tinggalkan. Selepas siap mengemas serba sedikit dan membungkus semua tempahan, saya berkejar pulak ke hospital. 

Alhamdulillah...hasil CT scan yang dibuat menunjukkan tiada apa2 effect kepada kepalanya. Cumanya ada benjol besar betul2 di belakang kepalanya akibat terjatuh tadi. Dia pun dah sedar sepenuhnya cuma masih terasa pening2 gitu... Alhamdulillah, tiada kesan serius akibat jatuhan tadi.


Azrai ditempatkan di Bilik 202 katil No 3. Mula2 masuk tu, cuma di sorang aje pesakit yang ada di dalam bilik ini...


Tengah tengok tv tu...


Azri tumpang "sebadan" kat atas katil tu...



Juadah minum petang...teh-o bersama dua biji kuih tako. satu Azri yang makan, satu lagi emak Azrai yang makan...hahahaha!



Bukan lukisan tapi seni pertukangan tangan...


Hari Sabtu...hari kedua. Sihat dah. Tunggu doktor datang check dan nak minta discharge.

Alhamdulillah. Petang Sabtu Azrai dah boleh balik. Saya berada di hospital sejak pagi lagi. Mula2 tu huuby, Azhari dan Azri ada sama. Tapi selepas sarapan, hubby balik bersama mereka. Tinggallah saya menemani Azrai. Dia tak boring sebab ada lappy jadi peneman. Kat situ ada WiFi...so boleh ler main game kat internet. Emaknya pun tumpang berFB jugak...

Jam 2:30 petang kami meninggalkan hospital berkenaan. Selamat tinggal 202-3...! Tak nak jumpa lagi...!!!!

2 comments:

Azian Elias said...

ALHAMDULLILAH..nasib baik tak ada apa2 yg terjadi..

Azita Zain said...

Yan :
Syukur kepada Allah kerana semuanya selamat....