Hai....saya Domo-kun...!!!! Cantik tak saya???
Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran Ayong yang ke-17. Tapi sayangnya kami tidak dapat untuk meraikannya bersama2 sebab Ayong ada kem pancaragam di stadium selama 5 hari 4 malam bermula dari hari Selasa lepas hingga ke hari Sabtu nanti.
Tengahari semalam saya menerima panggilan daripada kawan Ayong yang sama2 mengikuti kem pancaragam tu. Katanya Ayong sesak nafas. Tak pernah pulak Ayong mengalami masalah sesak nafas sebelum ini. Risau saya dibuatnya. Terus aje saya ke stadium. Tiga Muhammad saya tinggalkan aje di rumah. Sampai aje di stadium, kawan Ayong terus bawa saya ke dalam dorm di mana Ayong tengah berehat.
Kata Ayong, dadanya sakit sangat semasa bernafas. Lepas tu, suaranya pun dah bertukar 100%. Nak tergelak pun ada bila dengar dia bercakap dengan suara yang bertukar begitu. Dia pun tersenyum bila dengar suara dia sendiri. Lepas tu saya minta kebenaran guru bertugas untuk membawa Ayong ke hospital. Guru yang bertugas tu pun buat tak reti jer bila ada anak murid yang sakit cam gitu. Geram betul rasanya. At least pun, telefonlah ibubapa murid tu. Ini tidak...kawan2 jer yang telefon. Lepas tu bukannya mereka nak bawa ke klinik ataupun hospital. Boleh pulak guru tu bertanya balik kepada saya bagaimana keadaan Ayong bila saya jumpa dia untuk minta kebenaran nak bawa Ayong ke hospital...!
Sampai hospital, terus bawak Ayong masuk ke Bilik Kecemasan. Doktor buat ECG kat situ gak. Bagi makan ubat. Selepas 30 minit, baru Ayong keluar dari Bilik Kecemasan tersebut. Kena tunggu kejap sementara doktor membuat analisa. Lepas tu barulah kami dipanggil masuk ke bilik doktor. Menurut kata doktor, Ayong terlalu stress. Doktor suruh dia rehat 2 hari tapi Ayong tak nak. Dia nak ke kem pancaragam tu jugak. Masa tu dia memang tengah mengajar junior2. Agaknya jerit kuat sangat...tu yang suara pun bertukar. Then dia pulak terlalu komited dengan tugas, walaupun dah macam tak larat tapi nak juga buat.
Akhirnya doktor benarkan dia kembali ke kem pancaragam tapi dengan syarat Ayong mesti kurangkan aktiviti dia. Jangan terlalu stress. Agak2 rasa penat...rehat. Jangan dipaksa untuk meneruskan tugas. Akhirnya saya hantar Ayong semula ke kem pancaragam selepas makan tengahari di rumah.
Hampir jam 4:00 petang barulah saya sampai ke rumah. Terus bakar kek cokelat sebiji lagi. Dalam masa yang sama, saya sediakan bahan2 hiasan untuk kek Domo ni - truffle cokelat, topping cokelat & juga buttercream. Sebaik sahaja kek masak, saya terus masukkan ke dalam petiais...biar cepat sejuk! Sebiji kek cokelat dah saya bakar pagi tu. Ingatkan cukup sebiji je, tu yang bakar sebijik je pagi tu.
Sebiji kek di lapisan bawah dilapisi dengan cokelat truffle. Lepas tu letak sebiji kek lagi di atasnya.
Lepas di-topping dengan cokelat, saya hias kelilingnya dulu dengan buttercream. Punyalah payah nak dapatkan warna cokelat yang betul2 cokelat. Lepas tu barulah saya lorekkan design Domo kat atas kek tu. Ala kadar jer... Saya mulakan dengan melukis GIGI Domo.
Dan inilah hasil terakhirnya. Ada ke rupa DOMO...??? Bolehlah kan...untuk pendeko amatur macam saya ni...
Jam 8:30 malam, barulah kami menghantar kek ini ke stadium. Sebelum tu pergi hantar Abang Ngah ke pusat tuisyen dulu. Then singgah kedai cari pring kertas dan kertas tisu.
HAPPY BIRTHDAY AYONG..!!!
2 comments:
Assalam...kekadang setengah cikgu mcm tu la, buat tak reti je anak murid sakit. Mereka pandang remeh, bila dah jadi yang tak elok, baru kelam kabut.
Zana :
Moga sama2 ambil iktibar...
Post a Comment