Monday, June 20, 2011

Program Cemerlang Bersamamu






Pada hari Sabtu lepas, 18hb Jun 2011, telah berlangsung satu program yang diberi nama PROGRAM CEMERLANG BERSAMAMU di Sekolah Kebangsaan Taman pasir Putih (SKTPP). Program tersebut adalah untuk menyemarakkan lagi semangat pelajar2 harapan Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada awal September nanti. Tahun 2011 ini, SKTPP menyasarkan seramai 69 orang pelajarnya untuk mendapat keputusan cemerlang 5A.

Program tersebut dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh Guru Besar, Haji Saadon bin Haji Jufrin, ucapan oleh YDP PIBG, Encik Mukri bin Harun dan ucapan oleh Penyelaras Tahun 6, Cikgu Haji Md Nor. Kemudia program diteruskan pula dengan Forum Cemerlang Bersamamu oleh bekas2 pelajar SKTPP yang telah berjaya dan juga seorang ibu kepada anak2 yang berjaya.

 Forum sedang berlangsung...


 Inilah barisan tetamu yang dijemput di dalam forum berkenaan. Dari kanan : Cikgu Nukman, Siti Aisyah binti Tumin, Jazlyn Najwa binti Abd Jalil, Puan Nurizan binti Shamsudin, Aiman bin Mukri, Muhammad Ammar Shafie bin Khanafiah, Cikgu Md Nor.

Sedikit latar belakang panel forum (dipetik daripada pamplet yang diedarkan semasa program) :

Aiman Bin Mukri

  • Pencapaian UPSR - 5A di SKTPP
  • Pencapaian PMR - 9A di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Mersing
  • Pencapaian SPM - 8A1 3A2 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Mersing
  • Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan
  • Bercita2 menjadi doktor
  • Rasulullah s.a.w. dan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai idola
  • Sedang belajar di Koleh Mara Banting dan sedang menunggu keputusan untuk melajutkan pelajaran ke luar negara


Siti Aisyah binti Tumin

  • Pencapaian UPSR - 5A di SKTPP
  • Pencapaian PMR - 9A di SMK Dato' Penggawa Timur
  • Pencapaian SPM - 10A+ di SMK Dato' Penggawa Timur
  • Pelajar Cemerlang SPM Negeri Johor
  • Tokoh Nilam Negeri Johor
  • Pidato (Puteri Islam) Peringkat Kebangsaan
  • Bercita2 menjadi pakar ekonomi
  • Akan menyambung pelajaran di Kolej Damansara pada Julai 2011
  • Mendapat tawaran biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke United Kigdom dalam bidang ekonomi


Muhammad Ammar Shafie bin Khanafiah

  • Pencapai UPSR - 5A di SKTPP
  • Pencapaian PMR - 9A di SMK Taman Pasir Putih
  • Koir dan ping-pong peringkat Daerah Pasir Gudang
  • Bercita2 untuk menjadi Jurutera
  • Sedang belajar dalam TIngkatan 4 di Sekolah Kawalan Nusa Damai


Jazlyn Najwa binti Abd Jalil

  • Pencapaian UPSR - 5A di SKTPP
  • Sedang belajar di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru


Hajjah Nurizan binti Shamsudin

  • Ibu kepada pelajar cemerlang




Di antara ibubapa2 yang hadir sedang mendengar forum...


Setelah selasai forum dan sesi bersoal jawab dengan ahli panel, ibubapa menyematkan button batch kepada anak masing2. Button batch tersebut disematkan sebagai pendorong kepada pelajar2 harapan ini untuk memotivasikan diri mereka untuk bersama mencipta kejayaan dan kecermelangan di dalam UPSR nanti.


Inilah rupa button batch tersebut...


 Hubby menyematkan button batch berkenaan kepada Azrai. Malu2 pulak si Azrai ni bila nak dipeluk oleh abahnya....!


Diantara aksi2 ibubapa bersama anak2 mereka...


 Dah selesai sesi semat-menyemat, semuanya kembali duduk untuk acara penutup.



Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada ahli panel forum sebelum majlis bersurai.



Senarai Penerima Lencana Kecermelangan :
  1. Nur Auni Nabilah bt Md Natar - mendapat 5A di dalam UPPM2
  2. Nurin Jazlina bt Jumaat
  3. Nurul Izzah Khumaira bt Md Amurad
  4. Muhammad Jazlyn Najwan bin Abd Jalil
  5. Adib Muzakkir bin Azman
  6. Muhammad Nur Aiman bin Md Asmuri
  7. Azizi Najmi bin Zuraidi
  8. Muhammad Shafiq bin Mohd Asngari
  9. Nuruk Syahiera bt Mohd Anuar
  10. Hairul Zikrie bin Ismail
  11. Arifah Fahimah bt Sulaiman
  12. Siti Nur Syuhada bt Mohamed Sham
  13. Mohamad Akmal bin Mohd Shah
  14. Nisha Eriena bt Nordin
  15. Mohamad Zaidi bin Abd Manab
  16. Nurul Amira bt Nor Amali
  17. Noor Sharisah Adha bt Mohd Latif
  18. Muhammad Azrai bin Abd. Aziz
  19. Muhammad Hafiz bin Fauzi
  20. Muhammad Danial Haikal bin Ahmad Sa
  21. Muhammad Irfan bin Khailuzman
  22. A. Adha Ibrahim bin Abdul Yatim
  23. Nur Asyikin bt Ehsan Helmi
  24. Arief Iskandar bin Mohd Harun
  25. Fahira Najiha bt Jeppry
  26. Muhammad Fikry Hakim bin Mohammad H
  27. Muhammad Adib bin Ahmad
  28. Nurul Azira bt Mahzan
  29. Muhammad Zarul Izzani bin Mohd Zain
  30. Mohamad Irfan Arif bin Irwan Syah
  31. Mohamad Nazim bin Hatta
  32. Nur Aida Muzirah bt. Mohd Murad
  33. Muhammad Zizi bin Jeffri
  34. Qistina Izzati bt Zakaria
  35. Muhammad Idham bin Rosdin
  36. Nurzulaikha bt Hamzah
  37. Nur Izyan Inani bt Saharudin
  38. Imran Taufiq bin Salahudin
  39. Muhammad Haikal bin Mohd Kamil
  40. Nur Muhammad Iqhlas bin Ismail
  41. Aiman Rusydaan bin Ahmad Riduan
  42. Nur Sherin bt Badrul Hisham
  43. Muhamad Amierul Izzudien bin Ibrahim
  44. Nur Hazimah bt Romzi
  45. Alifatul Anisa bt Azian
  46. Nur'aida bt Md Bahaman
  47. Amirul Anwar bin Mohamad Rashid
  48. Adib Hanafi bin Amin Nordin
  49. Amzar bin Azman
  50. Nuriffahfarhanah bt Sugiman
  51. Thajvina a/p Partheban
  52. Ahmad Shahzul bin Zarapi
  53. Khairunnisa Mujahidah bt Khairul A
  54. Ahmad Fathie bin Khiril Anuar
  55. Muhammad Fitri bin Abdullah
  56. Hairul Amri bin Youhanis
  57. Siti Nur Fatiha bt Zainal Abidin
  58. Hasman bin Selle
  59. Muhammad Aqil bin Mohammad Zin
  60. Jitesh a/l Ravindran
  61. Nur Nazihah bt Mazlan
  62. Nur Aslinda Nurani bt Mohaini
  63. Muhammad Akmal Hakiem bin Ismail
  64. Amirul Hakiem bin Ismail
  65. Hilman Akashah bin Sulaiman
  66. Nadiya bt Rahmat
  67. Nur Qamarina bt Kamari
  68. Muhammad Iliyas bin Abdul Haris
  69. Nur Shuhaida Fateen bt Kamarudin

    No comments: