Wednesday, October 20, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...

Alhamdulillah, setelah lama saya "bercuti", baru malam ini (dah dinihari sebenarnya ni...) saya berkesempatan untuk mengemaskini blog saya ni. Banyak dah yang saya ketinggalan. Apa boleh buat...kalau ada terluang sahaja saya akan mengadap komputer ni.

Sepanjang minggu lepas saya berulang-alik ke hospital. Walaupun hospital tu dekat jer dengan rumah ni tapi memerlukan masa juga untuk menemani anak sulung saya tu. Kesian pulak dia sorang2 kat hospital tu. Kalau waktu tengahari tu, ramai juga kawan2 dia dari SMK Pasir Gudang  yang datang melawat. Saya menemankan Ayong tak tentu masa. Kadang2 saya pergi waktu tengahari, kadang petang sikit baru saya pergi.

Apa sakit Ayong? "Platelet count" dan "white cells"nya keep dropping sejak hari Sabtu (09-10-2010) lagi. Bila saya bawa sekali lagi ke hospital untuk check darah, doktor suruh admit je untuk memantau keadaannya. Alhamdulillah...sekarang Ayong dah sihat. Dah mula discharge hari Jumaat (15-10-2010) lepas. Dia dapat cuti sakit sehingga 22-10-2010 tapi dia tetap bersekolah sejak Isnin lepas sebab ada final exam bermula hari Selasa (19-10-2010) ari tu.

Sebab dia dah lama "terperuk" kat hospital, hari Ahad lepas kami jalan2 ke Jusco Permas Jaya. Tujuan utama nak cari makan. Makanan kat hospital tak sedap katanya... Macam selalu, kami tentu akan singgah makan di restoran ini....

Beef kuay tiaw untuk saya, nasi beriani ayam untuk hubby, cendol untuk Ayong, Abang Ngah dan Abang Yang, ABC untuk Adik, Cappucino ais untuk saya, mixed fried balls untuk Adik, chicken chop untuk Abang Ngah dan Abang Yang, dan fish & chip untuk Ayong....

 Gelagat anak2 menikmati hidangan masing2...

Berselera sungguh mereka...


3 comments:

Anonymous said...

salam kak ita...alhamdulillah ayong dah sihat..berseleranya anak2 kak ita makan...maaflah akak w/pun dekat ima tak sempat nak melawat ayong dihospital...minggu lepas suami ima sibuk semacam...maklumlah akak ima ni tahu nak gerak sendiri...hihi

Yati Ali said...

Alhamdulillah..anak akak dah sihat...patutlah lama tx bersiaran...sakit apa tu kak?

Azita Zain said...

ima :
waalaikumsalam ima... alhamdulillah, ayong dah sihat. lepas discharge, berselera dia makan...
tak pe ima, akak paham...

yati :
ha'ah...ayong dah sihat. suspected denggi tapi confirm bukan denggi, cuma platelet count dan white cells dia rendah sgt ari tu... skrg dah ok...