Thursday, October 28, 2010

Masak Apa Semalam?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hmmm...masak apa semalam? Semalam hari Rabu, kan? Sekejap je dah tengah2 minggu. Anak2 sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Abang Yang ada peperiksaan akhir untuk sekolah rendah dan sekolah agama sehingga hari Jumaat ni. Ayong pulak hingga Selasa minggu depan. Abang Ngah pulak sehingga Jumaat ni jugak.

Semalam masak yang ringkas sahaja...sekadar Ikan Kerisi Masak Kicap Berkentang. Ikan kerisi tu sebenarnya baki dari yang digoreng kelmarin dulu. Dah simpan dalam petiais, tak ada siapa yang nak makan. Akhirnya dikicapkan semalam. Teruja juga anak2 makannya...


 Ikan Kerisi Masak Kicap Berkentang...


Bubur Kacang ni pulak memang dah agak lama saya mengidamkannya. Hari tu nak buat, stok santan pulak tak ada. Dah ada stok santan tu, terus aje saya masak Bubur Kacang. ni. Sambil2 masak nasi, sambil2 masak bubur ni....

Bubur Kacang...

Menurut kata emak saya, kalau tak nak bagi kcang hijau tu hancur semasa direbus, goreng dulu kacang tu tanpa mingak hingga kekuningan. Lepas tu dibasuh dan ditoskan sekejap. Masukkan ke dalam periuk dan gaul sedikit dengan minyak masak sebelum ditambah air untuk direbus. InsyaAllah, kacang2 tu tidak hancur...


4 comments:

Bee said...

ooo..camtu yek kak ita. goreng dulu kacang tu baru rebus..leh cuba nanti..tima kasih!!!

Azita Zain said...

bee :
itulah petua yg k.ita ikut setiap kali masak bubur kacang...

onenaz anas said...

salam, cik ita, memang kalau nak bubur kacang tu wangi kena le goreng tanpa minyak dulu, masa nak masak tu letak daun pandan baunya lagi semerbak harum. tkasih atas petua. saya suka baca blog cik azita, menarik..

Azita Zain said...

ummi umar :
terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya. memang bubur tu akan harum jer walaupun tanpa daun pandan...