Tuesday, October 26, 2010

Majlis Suaikenal Dan Taklimat Ibubapa Tahun 1 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Hari Sabtu lepas, 23hb Oktober 2010, semua ibubapa dan anak2 yang bakal menduduki Tahun 1 2011 di SK Taman Pasir Putih dijemput hadir ke sekolah untuk menghadiri Taklimat Ibubapa Dan Suaikenal Tahun 1 2011. Majlis bermula seawal jam 8:00 pagi.


Saya turut sama bersama dengan hubby dan Adik. Tahun depan (2011) Adik akan memasuki alam persekolahan yang sebenar. Memang Adik amat teruja unutk ke Sekolah Kebangsaan. Seminggu sebelum itu, kami telah mendapat surat undangan beserta dengan borang2 yang perlu diisi dan diserahkan semula pada hari tersebut. Masa kami sampai di Dewan Warisan tu, dah ramai ibubapa dan anak2 yang sampai. Masing2 beratur mengikut kelas yang telah dibahagi2kan untuk proses pendaftaran dan penyerahan dokumen. Adik ditempatkan di Kelas 1A3. Selesai proses penyerahan dokumen, anak2 diserahkan kepada guru kelas manakala ibubapa pulak bergerak ke dewan lain untuk taklimat.

Penuh dewan hinggakan ada ibubapa yang terpaksa duduk dan berdiri di luar dewan. Murid2 Tahun 1 2011 yang telah mengesahkan pendaftaran ialah lebih kurang 300 orang. Kalau seorang murid ditemani oleh ibu dan bapa (macam sayalah...kan!), bermakna dah 600 orang ibubapa yang hadir! Mana nak muat dewan tu...!

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Salahudin (ni orang kampung hubby ni...). Lepas tu ucapan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran (sebab Guru Besar tidak dapat hadir...). Lepas tu ucapan oleh YDP PIBG, En. Mukri. Dah habis YDP berucap, tiba pulak giliran GPK HEM, Puan Fadzilah untuk memberi taklimat berkenaan dengan Tahun 1. Seronok dengar Cikgu Fadzilah bercakap...tidak membosankan disamping dengan gaya yang bersahaja...
 Ustaz Salahudin, YDP PIBG, GPK Pentadbiran dan GPK HEM...

Selesai sahaja taklimat, ibubapa kembali semula ke Dewan Warisan. Masa tu anak2 dah duduk beratur mengikut kelas masing2 kecuali Adik sebab dalam pada saya melilau mencari kelibat dia ditengah anak2 yang ramai, tiba2 Adik muncul dari belakang dan memeluk saya. Itu sebab gambar Adik tak ada...

 Anak2 duduk beratur...

 Ada juga persembahan dari murid Tahun 1 2010...

Tengoklah Adik tu! Masa anak2 lain beratur untuk bersalam dengan GPK-GPK dan YDP PIBG, dia boleh duduk kat hujung pentas tu...

Lepas salam2, terus balik!!!! Hehehe...


4 comments:

Cikgu Zainun said...

Mesti adik teruja nak melangkah ke darjah 1. Cikgu mengharapkan agar segala yang dipelajari di Tadika Pintar Bistari dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Tahniah juga kepada Azita kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang adik berada di TPB. Bila dah ke sekolah kebangsaan nanti, lambai2 ajelah TPB Tmn, Mawar ya kalau lalu tepi jalan tu!

Azita Zain said...

Salam Cikgu...
Jutaan terima kasih kpd semua tenaga pengajar di TPB. Adik mmg seronok belajar kat sana. Dia dapat ramai kawan, dapat guru yg baik2 dan berwibawa. Dia ingat semua nama guru yg pernah mengajarnya terutama Cikgu Nabila.
Alhamdulillah...Adik dah boleh menguasai hafalan, bacaan dan pengiraan. Adik dah pandai baca jawi, dh pandai baca bacaan2 dlm solat, surah2 lazim termasuk Ayat Qursi. Pengiraan berasakan congak, mental dan arithmetik amat membanggakan.
Syukur dan alhamdulillah.
TERIMA KASIH UNTUK CIKGU DAN SEMUA TENAGA PENGAJAR DAN KAKITANGAN TPB. Moga TPB akan lebih cemerlang di masa depan...InsyaAllah!

onenaz anas said...

salam, cik azita, nak tanya camne nak cantum gambar2 tu jadi satu. saya budak baru belajar.. tolong ajarkan. tkasih

Azita Zain said...

ummi umar :
nanti saya hantar e-mail ya....