Perjalanan yang memenatkan tapi berbaloi. Seawal jam 6:00 pagi Ahad lepas (26-09-2010) kami telah bertolak ke Putrajaya. Tujuan utama adalah untuk melawat Pak Chu yang sedang terlantar di CCU, HUKM. Dah hampir seminggu Pak Chu terlantar di sana. Tapi kami tak sempat nak menziarahinya sehinggalah hari Ahad lepas.
Alhamdulillah, tak banyak kenderaan di lebuhraya hari tu. Perjalanan kami lancar jer. Singgah di Petronas Skudai untuk mengisi minyak. Perjalanan diteruskan sehinggalah sampai di R&R Machap. Kami berhenti untuk bersarapan di situ.
Adik, Ayong, hubby dan saya makan roti canai, Abang Ngah dan Abang Yang makan nasi lemak...
Cuaca yang cerah hinggalah kami sampai ke Putrajaya sekitar jam 10:45 pagi dan terus ke Presint 8...
Lebih kurang jam 1:00 tengahari, emak pulak sampai bersama dengan Mak Su, Sidi dan Wanie dari kampung. Alhamdulillah...dapat makan lemang pulut, lemang ubi bersama dengan rendang pedas ayam dan jugak Rendang Tok...
Lenamg Ubikayu, Lemang Pulut, Rendang Pedas Ayam dan Rendang Tok... sedappppp!!!!!!!!
Lebih kurang jam 2:30 petang, kami bertolak ke Bandar Tun Razak, Cheras dengan 2 buah MPV sahaja. Tak payah nak bawak banyak kereta. Memandangkan kami hanya boleh melawat Pak Chu bermula jam 4:30 petang, kami terus menuju ke Alam Damai dahulu. Destinasi kami ialah ke rumah sahabat lama saya yang sama2 belajar di ITM Shah Alam dulu (sekarang UiTM). Dulu dia tinggal di Bukit Antarabangsa, sekarang dah pindah ke Alam Damai ni. Alhamdulillah...sampai ke destinasi tanpa sesat-melarat walaupun inilah pertama kali kami ke sana.
Menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah...
My best friend forever...Hani Zaim
Persahabatan yang masih berkekalan walaupun dah mencecah lebih 20 tahun...
Masa orang lain sibuk menjamu selera, saya berborak sakan dengan Hani. Tak sedar masa berlalu. Sedar2 dah hampir jam 4:15 petang. Sempat juga menjamah kuey tiaw sup. Sebelum berpisah...biasalah...peluk2 dulu, gambar2 dulu. Maklumlah...setahun sekali nak jumpa pun susah...!
Destinasi kami yang seterusnya ialah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Kami terus ke Wad 6D di Unit Rawatan Jantung...
Inilah Pak Chu...
Nampak aje Pak Chu berkeadaan begini, airmata terus menitis.
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim! ENGKAU sembuhkanlah Pak Chu ku ini. Moga beliau beroleh kesihatan seperti mana sebelum ini. ENGKAU sembuhkanlah Pak Chu dari segala penyakit yang dihidapinya sekarang. ENGKAU permudahkanlah segalanya untuk beliau. Amin...Ya Rabbal A'alamin...!
Pak Chu sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Pak Chu ada sakit jantung, ada masalah paru2, kedua2 buah pinggang yang sudah tidak berfungsi. Denyutan jantung Pak Chu TERAMAT lemah! Badan Pak Chu dah kurus teramat sangat. Pak Chu dah tiada daya untuk bergerak! Ya Allah...! Dulunya Pak Chu seorang yang sangat aktif. Sekarang Pak Chu terlantar begini di atas katil hospital dengan segala jenis wayar berselirat di badan. Pak Chu juga terpaksa menggunakan lampin pakai-buang.
YaAllah Ya Tuhanku...sesungguhnya hanya kepadaMUlah tempat aku bermohon...!
1 comment:
Salam Kak Ita,
kesakitan mengajar kita sudah insaf.Mudah2an dia cepat sembuh..
Post a Comment