Alhamdulillah! Genap 9 hari kita berpuasa. Moga ibadah kita diterima olehNya. InsyaAllah...
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat
Cuaca pagi tadi elok panas. Memang elok kalau menyidai kain pagi2, tentu cepat kering. Tapi badan saya pulak tak berapa sihat. Bukan demam tapi sakit2 sebab SEMALAM saya jatuh terlentang kat atas lantai depan rumah tu. Allahhuakbar! Masa jatuh tak terasa sakitnya. Masa tu dah tengahari...jam 12:30 tengahari. Saya sedang menyidai kain untuk 2nd round. Masa tu hujan lebat. Enjin kereta dah dihidupkan sebab nak pergi menjemput anak balik dari sekolah. Kalau tak hujan, mereka balik jalan kaki je. Sebelum menyidai kain, saya dah kembangkan payung...bersedia untuk membuka pagar. Entah macam mana, angin bertiup agak kuat sambil "melarikan" payung saya tu. Saya pun berlari2 anak mengejar payung tu. Bukannya jauh pun larinya. Tapi seli[ar yang saya pakai tu tak berpa nak grip kat lantai lalu.......sssssuuuuuurrrrrr......tergelungsur. Terus terduduk. Sempat gak pandang kiri kanan kot-kot ada orang yang terpandangkan insiden tu. Rasa2nya macam tak ada....
Nak bangun bersahur pagi tadi baru terasa sakit bahagian kaki kiri dari pangkal paha hingga ke betis. Aduiii...susah nak turun naik tangga. Jalan pun terdengkut2.
Lepas Adik ke sekolah, saya menggentel kulit tat pulak. Alhamdulillah...masih ada tempahan yang diterima dalam bulan puasa ni walaupun tak banyak. Dan tempahan untuk raya pun dah saya terima. Banyak juga...itu yang kena sediakan kulit tat dari sekarang. Takutnya nanti tak sempat pulak nak sediakan tempahan2. Alhamdulillah...walaupun saya tidak membuka tempahan raya secara rasmi, sambutan amat menggalakkan. Setakat ini sahaja dah hampir 1000 pcs tempahan yang saya terima. Takut juga nak terima tempahan lagi...
Kita tinggalkan cerita tempahan tat dan cerita saya jatuh tu sekejap. Ini nak tayang gambar menu berbuka tadi. Tadi pun sempat juga menyiapkan tempahan 50 biji cistat (cokelat dan blueberi). Menu hari ini ialah Meehon Goreng Udang, Karipap Pusing dan buah tembikai. Hehehe...hari ini pun hubby yang gorengkan meehon tu sebab saya dah aaaaccchhhuuuummmm jer memanjang.... Karipap Pusing tu pulak ialah pemberian jiran sebelah rumah.
Meehon Goreng Udang...
Pepatah "Ada udang disebalik meehon" tidak boleh digunakan dalam situasi ini. Sebaliknya "Selak udang nampak meehon" adalah lebih tepat!
Karipap Pusing inti kentang + daging...
Tembikai merah yang rasanya manis2 buah...
4 comments:
salam kak, alaaa ciannyer akak terjatuh...take care kak...
yati :
dah nak terjatuh...nk buat camana...sib baik x teruk.
Salam kak..ngeri gak baca kisah akak tjatuh tu.. harap xda side efek laa eh kak..
Banyaknya udang kat bihun tu..besar2 lak.hehee..mesti sedap yg asyik.
karipap pusing lak cun kemain...mintak eh 2 ketui
hasue :
alahmdulillah...akak tak apa2 kot! sakit2 tu pun dh reda.
karipap pusing tu orang bagi la...bukan akak buat sendiri. kalau nak, ambillah...buat berbuka ptg nanti...!
Post a Comment