Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama dah tak mengemaskini rumah ni. Ini pun sekadar nak tayang juadah2 berbuka yang lepas2...hehehe
Juadah berbuka pada 25hb Ogos - 15Ramadhan
Hari Ahad lepas, kami ke Plaza Angsana mencari baju raya. Alhamdulillah...misi berjaya. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Bazar Ramadhan Taman Rinting. Tujuan sebenar ke sana sebab nak menempah popia basah hasil tangan adik Am. Dah lama cari popia basah ni tapi susah pulak nak jumpa. Ari tu ternampak gambar Am di gerai adiknya tu. Itu yang terus merisik khabar dengan Am. Alhamdulillah...tempahan diterima. InsyaAllah, 2hb September nanti saya akan menerima tempahan popia basah adik Am yang berjumlah RM200. Alang2 dah sampai ke bazar tu, kami pun membeli sedikit juadah berbuka.
Nampak macam banyak tapi sebenarnya semuanya serba sedikit. Setakat nak rasa jer... Saya berbuka cukup sekadar dengan kuih-muih sahaja. Saya tak suka berbuka dengan makanan yang berat2.
No comments:
Post a Comment