Wednesday, August 4, 2010

Majlis Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP)


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Dah lama saya tak mengemaskinikan blog ini. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Kurang masa untuk mengadap komputer.

Ini cerita di sekitar Majlis Akhwatul Muslimah TPP (Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat) yang telah diadakan di rumah saya pada hari Sabtu yang lepas, 31hb. Julai 2010. Majlis tersebut bermula sekitar jam 2:30 petang. Alhamdulillah...ramai kaum muslimah yang hadir.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir termasuklah seorang kawan lama saya yang sama2 bekerja di Kiswire dulu - Norita. Terima kasih kerana sudi hadir. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada penyumbang2 juadah dan kuih2 - Niza (tart), Kak Izan (butter kek), Aini (rempeyek & karipap), Cikgu Fida (cream puff), Kak Nyah(buah anggur & pisang) , Zue (kek gula hangus), Siti  Hajar (kek gula hangus), Cikgu Shikin (puding buah2an), Fiza (apam comel), Rai (kek cokelat kukus), Shidah (kuih bakar), Miss X (karipap pusing) dan Kumpulan Yassin Selayang 10,12 dan 13 yang berkongsi menyumbang rojak buah. Terima kasih kepada penyumbang tenaga - Kak Jah, Fiza, Shidah, Mak Su dan Ekin. Terima kasih kepada Kak Izan dan Siti Hajar yang merupakan orang kuat AMTPP, terima kasih kepada Kak Pah yang menerajui majlis yassin, tahlil dan doa selamat tersebut. Kesian Kak Pah...berulang kali meneguk air untuk membasahkan tekak.

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA.

Jom kita layan sebahagian daripada gambar2 yang sempat saya rakamkan di majlis tersebut..

Norita - 3 dari kiri, bertudung puith + merah - hadir bersama anak2nya...


Sebahagian daripada tetamu yang hadir...

Sebelum menjamu selera, berselawat sambil bersalam-salaman...

Menjamu selera dengan juadah yang disediakan...


3 Mak Dara Pingitan...orang kuat penyumbang tenaga - Fiza, Kak Jah dan Shidah. Terima kasih banyak2 ya...

Tenaga kerja yang didatangkan khas dari kampung - Mak Su dan Ekin...

Ayong bagi arahan je pada Mak Su nya dan Ekin...

Menu utama pada majlis tersebut ialah nasi lemah bungkus daun pisang, rendang tok, sambal ikan bilis and the gangs...

Nasi lemak daun pisang (daun pisang kat belakang rumah jer...), rendang tok (3 hari menyediakannya), triffles (80biji), almond chocolate brownies. Semuanya saya masak sendiri.

Lain2 ialah rojak buah2an, assorted tarts, cream puff, karipap, karipap pusing...

Buah duku langsat dan dokong, pisang, kek cokelat, kek gula hangus, kek butter, puding buah2an dan tat buah...


2 comments:

ifan said...

ALHAMDULLILAH.ada gak majlis cam ni.Kat kws umah saya masih tak ada lg..kira kws baru..

Dah tu best nya makan2...

Azita Zain said...

ifan :
alhamdulillah...tiap2 bulan kami ada majlis ni. dari satu rumah ke rumah...