Monday, August 23, 2010

Menu Berbuka 10 Dan 11 Ramadhan


Assalamualaikum da salam sejahtera untuk semua. Hari ini dah hari Isnin, dah nak masuk hari Selasa dah pun. Maknanya kita dah selamat menjalani ibadag puasa selama 13 hari. Alhamdulillah. Sekejap jer rasanya dah habis 13 hari.

Juadah berbuka pada 10 Ramadhan lepas (Jumaat), semuanya main tunjuk2 jer, kecuali Lopes Sagu dan Bubur Tepung Gunting yang diberi oleh jiran manakala Rojak Buah pulak hasil tangan sendiri.
 
Lopes Sagu, Talam Sagu, Tauhu Sumbat

Rojak Buah, Cempedak Goreng, Kasui

Bubur Tepung Gunting, Cara Berlauk



Menu berbuka 11 Ramadhan pulak ringkas jer. Main campak2 juga apa benda yang ada dalam petiais tu. Cuma yang saya masak baru ialah Sosej Gulung Keju dan Sosej Puff. Selain daripada ini, ada lagi juadah yang lain yang terhasil daripada campuran baki makanan sebelum ini dan main campak2 jer ke dalam kuali. Ada meehon + nasi goreng yang dikahwinkan. Ada nasi putih. Ada lauk sikit2.
 Sosej Gulung Keju

Sosej Puff

Mama Carries...

3 comments:

Chik Mimi said...

salam kekanda ku cayang wah dah panaskan enjin buat kue ye.Dinda ni apa2 pun belum lagi

Azian Elias said...

salam k ita..


yang campak2 tu lah kenkadang lebih sedap.

Azita Zain said...

mimi :
wahai adikku sayang...juadah raya tu bukanlah hasil tangan kekandamu ini. sebaliknya main calling2 jer kat jiran tetangga di sini...hehehe...

yan :
saya sokong tu...betul3x. tambah2 kalau hubby yg main campak2, anak2 berebut2! kengkadang tu hairan gak...