Thursday, August 19, 2010

Menu Berbuka 8 Ramadhan


Lagi gambar menu berbuka puasa...
Setiap hari masak yang ringkas2 sahaja. Anak2 dan hubby suka makan makanan yang kategori berat setiap kali berbuka puasa. Saya pula lebih suka makan kuih2 sahaja. Saya sediakan Kari Ayam sahaja sebagai lauknya. 7 Ramadhan lepas saya dah buat Donut Gebu, 8 Ramadhan pulak saya buat Pau Sambal dan Donut Suria menggunakan resepi Donut Suria. Memandangkan hubby juga tidak makan ikan bilis, itu sebab saya 'donut'kan sebahagian daripada adunan tersebut.

Kari Ayam bersama kentang...

Pau Sambal yang baru siap digoreng...

Pau Sambal yang dah siap. Sempat juga hulurkan 4 biji ke rumah sebelah (untuk 2 orang makan)...

Donut Suria disalut dengan gula halus sahaja...


No comments: