Sunday, July 26, 2009

Percubaan Pertama...

Awal2 pagi tadi, hubby bertanya apa projek saya untuk hari ini. Saya kata saya nak mencuba menghias kek dan cupcake. Semalam dan beli perkakas2 dan bahan2 yang berkaitan, so hari ni nak mencuba dulu bermain2 dengan aising. Hubby pilak kata, projek dia hari ni ialah nak balik kampung. Terkejut saya dengar...tiba2 je nak balik kampung pagi Ahad ni. Katanya nak hantarkan ubat emak. Kami belikan emak Doc-K keluaran Herba Prima, memang berkesan untuk emak yang sakit2 sendi. Ini kotak ketiga kami belikan dan hasilnya cukup membanggakan. Alhamdulillah... Jadinya, hubby balik kampung bersama2 dengan 3 orang heronya. Kebetulan pulak Adik demam sejak malam tadi, agaknya demam rindu dengan Atuk sebab dia asyik sebut nak balik kampung Atuk aje. Perancangan awal kami, kami akan balik pada minggu pertama bulan Ogos nanti.

Tinggallah saya berdua dengan Ayong je kat rumah. Kami pun memulakan projek kami. Tapi memandangkan inilah kali pertama saya nak membuat gumpaste dan buttercream icing, ada beberapa perkara yang mengelirukan saya. Setelah mendapat bantuan dan informasi dari Kak Norza (Chef Norzailina), saya pun berulang-alik ke kedai berhampiran untuk mendapatkan beberapa lagi bahan yang diperlukan. Hmmm...tak apa...berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian...

Mula2 saya buat gumpaste. Dalam hati tertanya2...jadi ke gumpaste aku ni? Mula2 tu macam tak confident je tapi bila tengah menguli tu, tersenyum sikit sebab rasa2nya macam menjadi. Dan akhirnya...memang menjadi!!! Yahooooo....! Saya dan Ayong pun mulalah mewarnakan gumpaste tu dan mencetak beberapa jenis bunga2 kecil dan daun2an. Selepas tu saya bakar sebiji kek pulak. Saya buat separuh adunan je sebab nak gunakan loyang comel. Maklumlah, pertama kali nak menghias, besar2 nanti rugi pulak. Selepas masukkan loyang ke dalam oven, saya membancuh adunan untuk cupcake...pun separuh adunan jugak. Dapat le 14 biji cupcake. Selepas tu saya mengadun buttercream icing pulak. Buttercream icing ni saya ikut resepi yang Nina bagi. Alhamdulillah...jadi jugak walaupun nampak macam "cair" sikit.

Masa untuk menghias....!!!



Errr...tuna sandwich ringkas tu adalah sarapan saya pagi tadi ya. Tidak termasuk dalam kategori menghias kek.... Inilah rupanya kek hiasan saya. Kurang comel, kurang kemas, kurang menarik, kurang seri, kurang dari segala segi. Tak apa...percubaan pertama. Lagipun aising tak mencukupi untuk menghias kek ini dan cupcake. Esok saya berazam untuk mengadun aising lagi dan menghias cupcake pulak.

3 comments:

Cikmin said...

salam kak ita...alhamdulillah..mertua kak ita..lega setelah amik doc-k tu..truskan amalan..insya'ALLAH buleh sembuh...
percubaan pertama kak ita tu agk menarik gak..tp yg cuppies tu mana?

K.Nor said...

ita, mana hasil dr gumpaste.. ke nak deco kat cuppies ya.. tak sabo nak tengok hasil..

Azita Zain said...

CikMin :
Cuppies tu dah selamat masuk perut anak2...tak sempat nak show!!!

Nor :
Gumpaste tu anak2 dah "tabur" atas cuppies masing2! Dah "selamat" pun...! Nanti nak buat lg..