Tuesday, July 28, 2009

Cuppies

Kelmarin (Ahad), saya dah membuat gumpaste dan membancuh buttercream icing. Selepas deco sebijik kek hari tu, balance asing tu saya simpan. Pagi tadi, selepas Abang Yang balik dari sekolah agama, dia kata nak bawak kek untuk kawan dia. Kawan dia tu birthday hari ni. Saya kata bawak aje la kek yang saya deco Ahad lepas, besar sangat katanya. Dia suruh saya decokan cuppies yang masih ada balance tu. Saya pun keluarkan baki aising yang ada tapi piping bag pulak kehabisan stok. Selepas Adik ke sekolah, saya pecut kereta pergi ke kedai barangan plastik - kedai ni ada menjual perkakas2 asas masakan jugak - yang terletak berjampiran McD di Taman Air Biru. Dalam masa 25 minit saya sampai semula ke rumah. Lalu saya decokan 3 biji cuppies tu. 2 biji untuk birthday kawan dia tu, Zarul namanya. Sebiji lagi ada kawan dia nak beli katanya. Hari tu dia ada bawak cuppies tu ke sekolah dan kawan2nya ada yang berkenan pulak. Tapi saya ni belum mahir sangat main dengan aising. Itu yang sekarang ni sedang cuba bermain2 dengan aising...nak menggayakan macam yang bloggers lain buat tu. Mereka punya semuanya cun2 belaka...

6 comments:

Chik Mimi said...

cantik akak deco ,akak belajaq sendiri aje ke kak

Azita Zain said...

Chik Mi :
Dulu pernah gi belajar sekali je dengan Nina, lepas tu main cuba2 sendiri je...tak ada formal education utk deco2 ni...

Cikmin said...

wah...santeknyer...tuk cikmin xde ke..besday gak ari ni...hehehe....

Azita Zain said...

CikMin :
Alamak CikMin! Cuppiesnya dah abis la! Nnti kalu K.Ita wat lg K.Ita bg satu. Lambat ckit tak pe kan!!

Unknown said...

salam ita..dah kira okeylah tu..tak keras tangan..akak ni buat lagi sememeh..

Azita Zain said...

Kak Ina KL :
Adui K.Ina...cuba nak buat spiral roses tp kureng jadi...tu yg jadi cam gitu je tu...