Monday, November 24, 2008

Makan-makan....

Sup Tauhu Jepun (resepi oleh oKa sHiZuKa @ myresipi) dicampur dengan cendawan dan jugak tumis sardin simple menjadi menu makan tengahari hari Jumaat lepas. Kat petiais dah kehabisan stok lauk-pauk. Nasib baik ikan dalam tin ada stok. Kalau tak, telur jugak kena dipelbagaikan masakannya.


Semalam, Ahad, awal2 pagi lagi hubby dah turun bawah. Ingatkan dia pergi basuh kereta. Rupa-rupanya dia masak Nasi Goreng Kungfu Fighting untuk sarapan kami. Rajinnya hubby pagi ni. Sayaaaannnngggg hubby.... Kenapa Kungfu Fighting?? Hubby memang suka memasak, terutama masa2 kekurangan stok lauk-pauk dan sayur2an. Time tak stok cam gini selalunya saya M sikit nak memasak. Biasanya hubby take over. Hubby namakan masakannya Kungfu Fighting sebab dia akan campurkan apa saja balance yang ada dalam peti sejuk tu. Macam nasi goreng tu, ada balance sayur malam tadi, ada balance tumis sardin, ada balance daging.... pung pang pung pang... blender daging sikit, campak je dalam kuali.....!!! Jadik le mee ke, meehon ke, nasi goreng ke.... semuanya Kungfu Fighting. Tapi hasilnya amat memuaskan sebab tiap kali Kungfu Fighting keluar, mesti tak ada balance!!! Kengkadang tu hairan dan pelik jugak....

Ayam Kunyit tu saya masak untuk lunch tengahari tadi dengan anak2. Makan dengan nasi putih aje. Resepi oleh ctma @ myresipi.

No comments: