Hari Jumaat lepas merupakan hari akhir persekolahan untuk tahun 2008. Kat SMKPG1, cuma 4 kelas aje yang ada hari ini sebab kelas2 yang lain dicutikan kerana ada peperiksaan SPM. So mereka mengadakan jamuan akhir tahun. Ayong suruh emak buat Cute Marble Blossom. Tapi kuih tu tak se"blossom" ari tu sebab masa bancuh adunan tu, saya nak cepat. Nak ke sekolah kebangsaan, ambik Abang Ngah. Dia demam, nak bawak gi klinik. Dan siap bancuh, suruh Ayong je yang kukuskan. Saya tunjuk le kat dia macamana nak buat. Sebelum ni pun dia dah pernah tolong buat Apam Mekar.


No comments:
Post a Comment