Aktiviti hujung minggu lepas...membersihkan kawasan rumah. Kawasannya tak ler besar mana tapi pagi tu cuaca panas la pulak. Merah padam muka hubby dan Abang Yang. Kesian...!

Ini pokok kari yang ditanam di dalam pasu dan diletak dicelah2 pokok bunga kertas...

Hubby dan Abang Yang tengah operasi membersih rumput-rampai...

Bunga ni baru aje mengembang. Dah lama tak berbunga ni... Itupun setelah "diugut" dengan meletakkan bunga plastik (yg dah pudar dan kehitaman kat bahagian belakang tu...).

Adalah tanah sekangkang kera kat bahagian luar depan pagar rumah ditanam dengan pokok2 hijau...

Abang Yang ringan tulang menolong abahnya menyabut rumput-rampai dicelah2 pokok...
No comments:
Post a Comment