Thursday, November 20, 2008

Al-Fatihah...

20hb. November 2008 jam 6:30 pagi telah kembalinya Kak Salmi (sepupu hubby) ke rahmatullah kerana menghidap penyakit barah payudara. Jenazah Allahyarhamah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Cahaya Baru tengahari tadi. Moga roh beliau dicucuri rahmat dah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah!

Subuh semalam beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ismail tetapi doktor arahkan supaya beliau dibawa balik kerana pihak hospital tidak boleh berbuat apa2 lagi kerana tahap penyakit beliau telah sampai ke penghujungnya. Beliau kemudiannya telah dihantar balik oleh ambulan ke rumah anak lelaki beliau (Zaidi @ Eddie) di Taman Pasir Putih (Selasih Pulau).

Berita kematian beliau telah disampaikan oleh bapa mertua saya kepada hubby awal pagi tadi. Hubby terus bersiap dan pergi menziarahi jenazah beliau. Saya tidak dapat turut serta dengan hubby awal pagi tu sebab ada temujanji dengan ustazah di sekolah agama berkenaan urusan permohonan Abang Ngah ke SMKAJ. Setelah selesai urusan dengan sekolah, saya terus ke Selasih Pulau. Waktu itu, jenazah sedang dimandikan. Sementara menunggu jenazah selesai dimandikan, kaum2 ibu membacakan surah Yassin untuk arwah. Waktu tu dalam pukul 9:40 pagi. Selesai dimandi dan dikafankan, anak2 dan saudara-mara diberi peluang untuk memberikan penghormatan dan kucupan terakhir kepada arwah. Waktu itu, hati saya betul2 sayu hingga menitiskan airmata kerana teringatkan arwah abah yang telah lama meninggalkan kami. Sedikit sebanyak saya dapat memahami kesedihan ahli keluarga arwah di atas kehilangannya.

Emak, abah, Wak Amat, Wak Ru dan Abang More (dari Parit Jawa) masih belum sampai. Alhamdulillah, semasa jenazah hendak dibawa ke surau berhampiran untuk disembahyangkan, mereka pun sampai bersama adik hubby - Fauzi. Hubby, abah, Abang More dan Fauzi turut serta ke surau untuk menyembahyangkan jenazah. Selesai sembahyang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Jenazah telah selamat disemadikan. Al-Fatihah!

Pada masa yang sama, saya bawak mother-in-law balik ke rumah setelah berbual dan bertanya cerita sebenar penyakit arwah. Sampai rumah, saya terus memasak untuk makan tengahari. Alamak...lauk pulak kurang stok. Yang ada cuma ikan kembung 3 ekor dan bawal hitam besar seekor. Apa nak dibuat dengan ikan2 tu yek? Akhirnya...saya karikan ikan kembung, goreng kunyit bawal, cendawan goreng tiram, telur dadar dan goreng spicy drum meat. Ada tambahan sambal kicap dan serunding daging. Selepas dihidangkan di atas meja makan, penuh pulak meja makan dengan lauk pauk!!! Rasa2nya tadi macam tak cukup jer.... Alhamdulillah, kenyang makan tengahari dengan mertua, ipar2 dan anak2 sedara!

5:00 petang tadi mereka bertolak balik ke Parit Jawa. Moga mereka selamat sampai ke kampung!

No comments: