Monday, November 24, 2008

Rehat Menulis Kejap

Assalamualaikum semua. Seminggu ni mungkin tak ada apa2 posting dari saya sebab malam ni saya nak balik kampung ke Chemor, Perak. Ada sesiapa ke yang hampir kat sini, jemput le datang rumah!

Balik naik bas je, 5 beranak. Hubby tak balik sebab kerja. Tapi hujung minggu nanti hubby datang jemput kami. Dah lama tak balik kampung. Rindu bebeno kat emak dan keluarga yang lain. Bas malam ni bertolak dalam 9:30 malam. Sampai kat Chemor mungkin dalam 5:00 @ 6:00 pagi esok. Pas tu Mak Su pulak datang jemput. Saja je ambik bas malam sebab si kecik tu nanti mesti tidur je. Pernah sekali balik kampung naik bas waktu siang. Punya le tak diam si kecik tu, nak ke hulu ke hilir bas. Aduuiiii.... Tu sebab naik bas malam. Kali ni hubby beli tiket untuk bas 2 tingkat. Dapat tiket paling depan sekali kat tingkat atas. Alamak...pengalaman baru jugak ni. Tak pernah naik bas 2 tingkat jalan jauh2 cam ni. Mau ke diam si kecik tu nanti ya?? Tunggu dan lihat ajelah.......!

See you next week!!!

Makan-makan....

Sup Tauhu Jepun (resepi oleh oKa sHiZuKa @ myresipi) dicampur dengan cendawan dan jugak tumis sardin simple menjadi menu makan tengahari hari Jumaat lepas. Kat petiais dah kehabisan stok lauk-pauk. Nasib baik ikan dalam tin ada stok. Kalau tak, telur jugak kena dipelbagaikan masakannya.


Semalam, Ahad, awal2 pagi lagi hubby dah turun bawah. Ingatkan dia pergi basuh kereta. Rupa-rupanya dia masak Nasi Goreng Kungfu Fighting untuk sarapan kami. Rajinnya hubby pagi ni. Sayaaaannnngggg hubby.... Kenapa Kungfu Fighting?? Hubby memang suka memasak, terutama masa2 kekurangan stok lauk-pauk dan sayur2an. Time tak stok cam gini selalunya saya M sikit nak memasak. Biasanya hubby take over. Hubby namakan masakannya Kungfu Fighting sebab dia akan campurkan apa saja balance yang ada dalam peti sejuk tu. Macam nasi goreng tu, ada balance sayur malam tadi, ada balance tumis sardin, ada balance daging.... pung pang pung pang... blender daging sikit, campak je dalam kuali.....!!! Jadik le mee ke, meehon ke, nasi goreng ke.... semuanya Kungfu Fighting. Tapi hasilnya amat memuaskan sebab tiap kali Kungfu Fighting keluar, mesti tak ada balance!!! Kengkadang tu hairan dan pelik jugak....

Ayam Kunyit tu saya masak untuk lunch tengahari tadi dengan anak2. Makan dengan nasi putih aje. Resepi oleh ctma @ myresipi.

Thursday, November 20, 2008

Penat Jugak Ya...!

Minggu ini saya berlari dan berkejar ke sana sini menguruskan permohonan Abang Ngah. Pertama permohonan ke SMKAJ. Kedua, permohonan semakan semula keputusan peperiksaan UPSR yang lepas. Ketiga, permohonan kad pengenalan (12 tahun).


Pagi Isnin pergi ke sekolah kebangsaan untuk dapatkan pengesahan semua salinan dokumen2 yang berkenaan. Petang Isnin pergi ke Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Pusat Islam Iskandar untuk ambil borang permohonan ke SMKAJ. Malam tu terus isi maklumat yang diperlukan dan kepilkan dokumen2 yang perlu. Hmmm...masih ada dokumen yang tak ada. Perlu dapatkan dari pihak sekolah agama.

Masa berjalan keluar dari sekolah kebangsaan, ternampak guru2 sedang melukis dan mewarna pada lukisan pada dinding jalan utama.


Selasa pagi pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)di Pusat Bandar untuk proses permohonan kad pengenalan Abang Ngah. Jam 8:30 pagi sampai kat JPN, nombor pulak dah habis!!! Kena datang esoklah pulak. Kata mereka, 6:30 pagi dah ada orang yang beratur untuk dapatkan nombor. Sedangkan pintu JPN cuma akan dibuka jam 8:00 pagi. Then terus ke sekolah kebangsaan untuk dapatkan komen dan sokongan Guru Besar untuk permohonan SMKAJ. Lepas tu terus ke sekolah agama untuk dapatkan komen dan sokongan Guru Besar sekolah agama tapi hampa sebab tak ada ustazah yang bertugas hari ini. Bila ada ustazah yang bertugas nanti, kerani sekolah akan inform. Then pergi ke Pejabat Pos di Tesco Sri Alam untuk beli setem2 dan jugak money order @ postal order (bayaran untuk semakan keputusan peperiksaan). Saja pergi kat Tesco tu sebab Pejabat Pos kat Pasir Gudang selalunya ramai sangat orang yang berurusan. Kat Tesco tu tak perlu tunggu lama sebab tak ramai orang. Masa nak claim rebet minyak kereta hari tu pun gi kat Tesco jugak. Sekejap je selesai urusan.

Dah selesai urusan kat Pejabat Pos, saya pun ronda2 le kat dalam pasaraya Tesco tu dengan Abang Ngah. Saja jamu mata alang2 dah sampai tu. Ada jugak barang dapur yang hendak dicari dan dibeli.
Sambil jalan2 kat dalam Tesco tu, saya snap le beberapa gambar guna h/phone aje.

Keropok kering yang berwarna-warni....

Kelapa botak dan lada bengala...


Snake beans....memang unik!!

Al-Fatihah...

20hb. November 2008 jam 6:30 pagi telah kembalinya Kak Salmi (sepupu hubby) ke rahmatullah kerana menghidap penyakit barah payudara. Jenazah Allahyarhamah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Cahaya Baru tengahari tadi. Moga roh beliau dicucuri rahmat dah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah!

Subuh semalam beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ismail tetapi doktor arahkan supaya beliau dibawa balik kerana pihak hospital tidak boleh berbuat apa2 lagi kerana tahap penyakit beliau telah sampai ke penghujungnya. Beliau kemudiannya telah dihantar balik oleh ambulan ke rumah anak lelaki beliau (Zaidi @ Eddie) di Taman Pasir Putih (Selasih Pulau).

Berita kematian beliau telah disampaikan oleh bapa mertua saya kepada hubby awal pagi tadi. Hubby terus bersiap dan pergi menziarahi jenazah beliau. Saya tidak dapat turut serta dengan hubby awal pagi tu sebab ada temujanji dengan ustazah di sekolah agama berkenaan urusan permohonan Abang Ngah ke SMKAJ. Setelah selesai urusan dengan sekolah, saya terus ke Selasih Pulau. Waktu itu, jenazah sedang dimandikan. Sementara menunggu jenazah selesai dimandikan, kaum2 ibu membacakan surah Yassin untuk arwah. Waktu tu dalam pukul 9:40 pagi. Selesai dimandi dan dikafankan, anak2 dan saudara-mara diberi peluang untuk memberikan penghormatan dan kucupan terakhir kepada arwah. Waktu itu, hati saya betul2 sayu hingga menitiskan airmata kerana teringatkan arwah abah yang telah lama meninggalkan kami. Sedikit sebanyak saya dapat memahami kesedihan ahli keluarga arwah di atas kehilangannya.

Emak, abah, Wak Amat, Wak Ru dan Abang More (dari Parit Jawa) masih belum sampai. Alhamdulillah, semasa jenazah hendak dibawa ke surau berhampiran untuk disembahyangkan, mereka pun sampai bersama adik hubby - Fauzi. Hubby, abah, Abang More dan Fauzi turut serta ke surau untuk menyembahyangkan jenazah. Selesai sembahyang, jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Jenazah telah selamat disemadikan. Al-Fatihah!

Pada masa yang sama, saya bawak mother-in-law balik ke rumah setelah berbual dan bertanya cerita sebenar penyakit arwah. Sampai rumah, saya terus memasak untuk makan tengahari. Alamak...lauk pulak kurang stok. Yang ada cuma ikan kembung 3 ekor dan bawal hitam besar seekor. Apa nak dibuat dengan ikan2 tu yek? Akhirnya...saya karikan ikan kembung, goreng kunyit bawal, cendawan goreng tiram, telur dadar dan goreng spicy drum meat. Ada tambahan sambal kicap dan serunding daging. Selepas dihidangkan di atas meja makan, penuh pulak meja makan dengan lauk pauk!!! Rasa2nya tadi macam tak cukup jer.... Alhamdulillah, kenyang makan tengahari dengan mertua, ipar2 dan anak2 sedara!

5:00 petang tadi mereka bertolak balik ke Parit Jawa. Moga mereka selamat sampai ke kampung!

Sunday, November 16, 2008

Makan-makan

Malam tadi gi Jusco Permas Jaya. Tujuannya memang nak gi makan je. Saja je gi sana, sambil makan2, bawak anak2 jalan2. Kami gi makan kat Pizza Hut. Lama dah tak makan pizza. Jom makan!!

Minuman pilihan kami - air milo, iced lemon tea dan coke. Makanan pilihan - spaghetti oleo, chicken soup, ginger bread, chicken wings, set pizza utk kids (ada pizza kecil, aiskrim, air milo).


Lepas makan, hero2 tu main mainan yang ada kat ruang legar tu. Bukan free, kena masukkan token!! Lepas tu masing2 ke kedai mainan dengan hubby dan Ayong pulak ke kedai buku. Biasalah, kalau keluar dengan dia, tak pernah yang tak beli buku... Ulat buku betul!!!

Terserempak pulak dengan Sam dan Zakiah serta anak2 mereka. Saja jalan2 katanya. Sam pun baru balik dari Korea dan Jepun saing2 dengan hubby. Kat Jepun tak boleh nak shopping, mahal katanya. Tukar yen ke RM dapat banyak. Macam2 boleh dapat! Suka hatilah Sam!!!

Jamuan Akhir Tahun

Hari Jumaat lepas merupakan hari akhir persekolahan untuk tahun 2008. Kat SMKPG1, cuma 4 kelas aje yang ada hari ini sebab kelas2 yang lain dicutikan kerana ada peperiksaan SPM. So mereka mengadakan jamuan akhir tahun. Ayong suruh emak buat Cute Marble Blossom. Tapi kuih tu tak se"blossom" ari tu sebab masa bancuh adunan tu, saya nak cepat. Nak ke sekolah kebangsaan, ambik Abang Ngah. Dia demam, nak bawak gi klinik. Dan siap bancuh, suruh Ayong je yang kukuskan. Saya tunjuk le kat dia macamana nak buat. Sebelum ni pun dia dah pernah tolong buat Apam Mekar.


Bergambar kenangan dengan guru2. Cikgu Khuzaimah (tudung oren) ialah guru kelas mereka (2KRK1), Cikgu Maznah (tudung hijau) dan Cikgu Masrawati (tudung biru). Tahun depan mereka dah sekolah sebelah pagi dan cikgu2 tu mengajar di sebelah petang....


Ini kengkawan Ayong dan juga Cikgu Khuzaimah...

Inipun kengkawan dia jugak....
Bermacam2 aneka makanan yang dibawa oleh murid2 dan cikgu2. Pizza pun ada!! Mereka jugak saling bertukar2 hadiah...

Sourveniers from Korea and Japan....

Cenderahati dari hubby untuk anak2 dan isteri..... Macam2 ada!!! Untuk engineers dan supervisors pun ada jugak!


Yang ini bukanlah cenderahati ataupun cenderamat tapi sekadar gambar2 kereta keluaran Toyota yang dipamerkan di Muzium Toyota.

Welcome Back!!!!

Hubby dah selamat kembali ke tanahair hari jumaat lepas. Sampai rumah dekat 12 tengah malam. Dari Nagoya (Japan) ke Incheon (Korea) dan Incheon ke Singapore. Landed kat Changi Airport around 8:45 malam. Jammed pulak kat Woodland, Singapore. Tak ikut Second Link tapi ikut Tambak Johor.

Kat Jepun, schedulenya tight. Pukul 5:15am dah bangun, kena jogging. Then baru sarapan. Training start 8:00am. Petang, ada yang gi melawat kilang Toyota, ada yang gi melawat Muzium Toyota.

Ini di Muzium Toyota, Japan.

Ini semasa di Pusan, Korea.

Yang ini campur2 - ada kat Korea, ada kat Jepun.

Ini pulak makanan yang dihidangkan semasa di Jepun.
Haa...yang ini makanan Korea...

Nak tengok gamabr2 lagi? Klik di sini....

Thursday, November 13, 2008

Bihun Celup Simple

Lepas balik dari sekolah tengahari tadi, sambung balik homework yang tak sempat disiapkan pagi tadi. Lepas tu lepak2 jap depan PC. Abang Ngah dah pergi sekolah agama. Hari ni hari terakhir peperiksaan SDEA. Esok ada sambutan Hari Kanak2 kat sekolah. Dia akan buat persembahan tarian zapin. Tapi badannya tak berapa sihat la...demam sikit.

Jenuh memikir nak masak apa untuk dinner malam ni. Bukak peti ais, tengok apa yang ada. Hmmm... stok lauk pun dah abis. Tinggal daging je. Nak masak daging ambik masa lama sikit sebab nak tunggu daging empuk. Apa nak masak ya? Ada yang suggestkan masak yang lain selain daripada nasi. Tapi apa??? Maghriblah dulu. Nanti fikirkan...

Teringat dalam petiais ada 2, 3 jenis "ball" - sotong ball, ikan ball dan ayam ball. Bihun pun ada. Sayur, blackpepper sausage pun ada. Hmmm...boleh buat ni!

Inilah hasilnya!! Bihun Celup Simple.....
Masak air bersama stok ayam - gunakan kiub ayam Knorr je sebab ayam tak ada. Sementara tunggu mendidih, rebus telur 5 biji (untuk 5 orang) dan potong le ball2 dan sayur2 yang ada. Lepas rebus telur, celurkan sayur2. Saya cuma guna kacang panjang dan taugeh aje. Bila air stok ayam telah mendidih, masukkan ball2 dan sausage dan biarkan mendidih lagi dalam 5 minit. Tutup api. Jangan lupa pulak untuk mencelur bihun! OK, siap. Masa untuk makan....!!! Masukkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan letakkan sayur2 dan telur. Then tuang aje kuahnya bersama dengan ball2. Siap untuk dimakan! Kalau suka pedas, bubuh le sambal kicap ke, cili padi potong2 ke....terpulang selera masing2.


Keputusan UPSR 2008

13hb. November, 2008. Keputusan UPSR 2008 akan diumumkan.

Sebelum pergi sekolah pagi tadi, Abang Ngah siap pesan supaya datang pukul 11:00 pagi nanti untuk ambik result UPSR. Mestilah maknya akan pergi, mana boleh tak pergi. Walaupun tak berpa mengharap untuk dapat keputusan yang baik, demi memberi sokongan kepada anak, saya akan pergi!! Bersemangat ni....

Dalam 10:40 pagi, saya pun pergilah ke sekolah. Pergi sorang je sebab hubby belum balik dari Jepun. Insyaallah, esok dia akan balik Malaysia. Sampai je kat sekolah, murid2 Tahun 6 dah berkumpul dan duduk dalam barisan ikut kelas masing2 kat Anjung Warisan tu. Tak ramai ibubapa yang dah sampai. Nampak kat tangan guru2 kelas, masing2 dah pegang slip result. Saya pun gi lah cari guru kelas dia, Cikgu Norhidayati. Sedang berbadan dua. Sambil berbual2 dengan cikgu dan sorang lagi ibu, keneng2 jugak kot2 dapat tengok slip kat tangan cikgu tu. Cikgu kata nanti dulu... Adui...mak budak yang tak sabar2 nak tahu keputusan!!! Tapi cikgu kata ada kejutan. Kejutan??? Berderau jugak darah. Abang Ngah dapat 5A ke?? Sebab memang tak mengharap sangat dia dapat result yang bagus. Kalau dapat 3A pun dah kira bagus sebab prestasi dia sebelum2 ni tak konsisten. Kejap2 naik menggunung, kejap2 turunnnn......

Lebih kurang 11:30 pagi, Guru Besar muncul berucap sikit dan memberikan fakta2 berkaitan result UPSR tahun ni. Dari sudut kuantiti calon UPSR yang berjaya dapat 5A, SKTPP memecahkan rekod unutk sekolah2 P.Gudang sebab seramai 41 orang calonnya mendapat 5A. Rekod sebelum ini ialah seramai 32 orang. Tak sure pulak sekolah mana. Calon yang dapat 4A pulak ialah seramai 35 orang.

Macam tahun2 sebelum ini, untuk calon2 yang berjaya mendapat 5A dan 4A, slip keputusan akan diserahkan sendiri oleh Puan Guru Besar kat Anjung Warisan tu jugak. Tahun ni, Puan Guru Besar, Puan Bibi Sakinah, bermurah hati memberi cenderahati untuk calon2 yang dapat 5A. Nama calon2 dapat 5A dan 4A dibacakan dan dipanggil naik ke pentas oleh Cikgu Md Nor. Semua murid2 dan ibubapa yang hadir berdebar2 menanti nama masing2 unutk dipanggil. Anak Shidah (Fatin), anak Ain (Amir), anak Kak Ros, anak Norliyah...antara mereka2 yang dapat 5A. Nama Abang Ngah tidak dipanggil...... Ya Alllah! Berapa A kah yang dia dapat??

Habis 5A, nama2 4A1B pulak dipanggil. Aduii...bilalah nama dia nak naik? Dah abis 4A1B pun nama dia tak ada jugak... Allahhuakbar! Cikgu Md Nor kata ada 2 orang murid dapat 4A1C. Yang pertama ialah Muhammad Azhari bin Abd. Aziz. Ya Allah!!! Abang Ngah dapat 4A1C rupanya....! Syukur alhamdulillah.... Tak semena2 airmata aku mengalir. Tak malu2 mengeluarkan airmata kat tengah orang ramai tu. Memang tak sangka2 langsung yang dia akan dapat keputusan sebaik ini. Dia pun menitiskan airmata gak.

Inilah antara wajah2 yang mendapat keputusan 5A.

Yang ni dapat 4A 1B.

Inilah Abang Ngah...4A 1C. Slip keputusan kat tangan dia tu.....!

Dinner Time...

Ada rasa M malam ni nak masak. So, buat yang simple2 aje. Kebetulan kukus masih belum disimpan lepas buat Cute Marble Blossom pagi tadi. Carilah resepi yang main kukus2 aje. Tu lah hasilanya - tauhu lembut kukus, tauhu telur kukus dan jugak dadar lobak merah. Dua2 menu kukus tu gunakan minyak bijan, jadi bila bukak aje penutup kukus aromanya "berlari2" keliling rumah..... Berlari????

Kenapa mak masak "pelik2" hari ni?. Tegur anak2. Saja je nak ubah selera..... Dan tauhu lembut tu sebenarnya dah pecah2. Sepatutnya hanlde with care masa beli semalam tapi dok campurkan dengan sayur2 lain, krekmekmot jadinya.

Wednesday, November 12, 2008

Jamuan Kelab Pancaragam

Ayong ada jamuan untuk Kelab Pancaragam kat sekolah petang ni. So saya decide nak buat sikit kuih untuk dia bawak pergi. Jenuh jugak fikir kuih apa nak buat. Akhirnya terselak resepi izatti @ myresipi. Tapi saya tak suka ada inti kelapa. Dan resepi tu saya olah sikit untuk mendapatkan Cute Marble Blossom ni. Saya buat dapat dalam 200 biji, gunakan papercup yang kecik2. Ayong bawak gi sekolah dalam 100 biji, Abang Yang pun bawak jugak gi sekolah. Adik asyik mengulang ke dapur aje start dari mula memasak tadi.

Cute tak?? Nak resepinya? Klik kat sini...


Tuesday, November 11, 2008

Minggu Akhir Persekolahan 2008

Macam-macam aktiviti anak2 kat sekolah bila dah sampai ke mingu terakhir persekolahan ni.

Ayong : Minggu ni sekolah cuma 2 hari aje sebab SPM sedang berlangsung dan kelas2 digunakan. Hari Rabu dan Jumaat aje bersekolah, itupun dua2 hari tu ada jamuan. Hari Rabu jamuan kelas dan hari Jumaat jamuan untuk Kelab Pancaragam. Hari Jumaat dia kena bawak rendang - sebarang rendang. Nak masak rendang apa ya? Daging? Ayam? Ahh..nantilah!

Abang Ngah : Minggu ni menghadapai peperiksaan SDEA untuk sekolah agama, mula hari Isnin sampai hari Khamis. Sekolah kebangsaan release murid2 yang menduduki SDEA jam 12:30 tengahari. Moga2 dia akan berjaya dan dapat menjawab soalan2 yang diberikan. Kat sekolah kebangsaan pulak, dia menolong guru menyediakan borang kemasukan ke sekolah menengah. Dan yang paling penting ialah keputusan UPSR yang akan diumumkan pada hari Khamis ini.

Abang Yang : Isnin - dapat buku pinjaman. Selasa - ada larian "merentas lorong" instead of merentas desa. Rabu ada lawatan. Jumaat ada jamuan. Siap tanya pada emaknya, nak bawak apa pergi sekolah hari Jumaat ni untuk jamuan tu. Itu kat sekolah kebangsaan.

Monday, November 10, 2008

Tea Time

This one is for our tea time this evening. Jemput-jemput pisang berangan, keropok lekor dan milo panas. Actually, kami dah habis minum dan makan. Yang dalam piring ini disimpan untuk Abang Yang yang belum balik dari sekolah lagi.... Kalau hubby ada kan best!!


Express Muffin

Why Express?? Coz it's very easy, simple and faster to make it. Using whisk only. 10 minutes for preparing and 20 minutes for baking. Express......!!! Little bit "crunchy" at the top and very soft at the bottom...my childrens favourite!

Saturday, November 8, 2008

Banana Sundae

Ini je yang sempat disnapkan. Itupun guna kamera h/p aje. Kamera digital hubby bawak gi oversea. Order BigMc medium dan vanilla sundae. Tapi vanilla sundae ni dah dimodified jadi Banana Sundae. Dan BigMc dah masuk dalam perut.....


Aktiviti Hari Sabtu

Selepas hantar Ayong ke sekolah, ada gotong-royong sebelum ke latihan pancaragam, saya ringankan tulang untuk membasuh kereta. Mula2 basuh Kancil. Senang je sebab kecik. Bila Kancil dah siap, basuh Trajet pulak. Alamak...yang ni kena guna kerusi la. Tak sampai nak menjangkau cermin depan sepenuhnya. Bumbung apa lagi...lagi tak tercapai.

Tengahari ni (actually is petang), kita order McD aje untuk lunch. Gambarnya nanti saya uploadkan kemudian ek..


Friday, November 7, 2008

Cake for School Party

End of school season.... Each class organised their own party. This cake I made for my 2nd son' school party yesterday. Very soft cake... Click here for the recipe.

But this one is for my lovely hubby....!

Thursday, November 6, 2008

Jom Makan... (Let's Eat....)

These are for our dinner last 2 days. Triple Coloured Rice with Honey Grill Chicken....


My youngest son called this rice "Colourful Rice" (nasi warna-warna). The original recipe is from umi_e @ MyResepi.

Fly to Korea & Japan

Today is the day....hubby fly to Pusan, Korea. Korean Air from Changi Airport, depart at 10:30pm. Next morning will be arrived at Kimhae Airport, Pusan. Stayed for 2 days before fly to Nagoya, Japan on Sunday for a week. Fly back to Malaysia on Friday, 14th. November.

My son just came back from Majlis Solat Hajat Sekolah Agama Taman Pasir Putih, held at Masjid Jamek. This function is purposely organised by SATPP for their students whose will attend the SDEA exam (Sijil Darjah Enam Agama) next week.

Esok jugak Ayong ada latihan pancaragam di Stadium Perbandaran. Kebiasaannya, abahnya yang akan menghantar dan menjemput dia pergi dan balik dari latihan pancaragam. This time I have to take the responsibilty. Esok jugak kena pergi ke SATPP untuk ambil kad lapuran kemajuan untuk peperiksaan akhir tahun hari tu.
Sepi dan sunyi tanpa hubby disisi.....

Tuesday, November 4, 2008

Aktiviti Hujung Minggu...

Aktiviti hujung minggu lepas...membersihkan kawasan rumah. Kawasannya tak ler besar mana tapi pagi tu cuaca panas la pulak. Merah padam muka hubby dan Abang Yang. Kesian...!

Ini pokok kari yang ditanam di dalam pasu dan diletak dicelah2 pokok bunga kertas...

Hubby dan Abang Yang tengah operasi membersih rumput-rampai...

Bunga ni baru aje mengembang. Dah lama tak berbunga ni... Itupun setelah "diugut" dengan meletakkan bunga plastik (yg dah pudar dan kehitaman kat bahagian belakang tu...).


Adalah tanah sekangkang kera kat bahagian luar depan pagar rumah ditanam dengan pokok2 hijau...

Abang Yang ringan tulang menolong abahnya menyabut rumput-rampai dicelah2 pokok...


Minggu-minggu Akhir Persekolahan

Hari ni dah 4hb. Nov, hari Selasa. Tinggal 2 minggu aje lagi anak2 sekolah, lepas tu dah cuti panjang. Tapi sebelum cuti bermula, anak2 terpaksa menghadapi peperiksaan akhir tahun dulu.

Ayong tengah periksa minggu ni, sampai 7hb. nanti. Tingkatan 2. Abang Ngah pulak akan menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDEA) Sekolah Agama Negeri Johor dari 10hb - 13hb. Nov ni.

Hari ni jugak hari pemulangan buku2 teks untuk anak2 sekolah kebangsaan. Lepas ni tentunya dah tak belajar kat sekolah. Jamuan kelas pun akan diadakan dalam minggu ini jugak. Dan Hari Bersama Pelanggan Sekolah Agama akan diadakan pada 7hb.

Then murid2 Tahap 1 sekolah agama akan mula bercuti seminggu lebih awal sebab ada peperiksaan SDEA untuk Darjah 6. Sukanya mereka... Tapi tak boleh nak ke mana2 jugak sebab Abang Ngah ambik SDEA. Kena tunggu sampai selesai semuanya baru le boleh nak ke mana2 pun.

Hubby lak nak gi Korea dan Jepun (Nagoya) dari 6hb - 14hb ni. Ngam2 balik pada hari akhir persekolahan. Itupun kalau jadual tak bertukar. Kat Korea tu tak ada masalah le sebab kami (hubby dan saya) sebelum ni dah menetap di sana. So tak ada masalah dari segi makanan, tempat tinggal dan bahasa.

Actually we are graduated from Korea. My hubby graduated from Hanyang Universiti and me myself graduated from Seoul National University (just to promote ourselves...hahaha..) but that was 16 years ago. My hubby stayed in Korea for 6 years and myself only 2 years. After graduated we joint to Korean company in Pasir Gudang. This is our first job and my hubby still working with this Korean company but myself.... I resigned in 2007 after working for 15 years.
Alamak...out of topic la. See you again soon...