Monday, January 26, 2015

Tiada Rotan Anak2 Jadi Apa?

 Semua orang kenal ni kan? Ya...rotan. Baru je beli rotan ni. Hujung tahun lepas. Nak belajar2 merotan si Adik la konon2nya. Gertak2 kalau dia malas buat kerja sekolah ke, malas solat ke, malas mengaji ke... Saya beli kat kedai RM2. Seikat tu ada 4 batang rotan. Harganya RM2. Bermakna sebatang hanya 50sen. Rasanya baru 2 kali je gertak Adik guna rotan seikat ni. Sebab dia balik lewat selepas bermain di waktu petang di hari cuti sekolah hujung minggu, balik selepas jam 7:00 malam. Tak rotan dia pun. Pukul2 kat pintu je. 
Adik memang tak pernah kena rotan pun. Tapi kakak dan abang2 dia pernah merasa di rotan dulu2. Kenangan silam. Bila diorang tengok rotan ni aritu, masing2 mengimbau kenangan lama. 
"Dulu kita selalu kena rotan dengan mak. Sampai pecah2 hujung rotan tu. Lepas tu mak balut dengan selotape". Bicara antara Abang Ngah dan Abang Yang masa cuti sekolah hujung tahun aritu. Abis tu, dah korang buat salah, mak rotan la...
Tapi bila berita ini keluar di media2 massa tempatan, saya jadi terkedu dan terkejut.
Kata Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, 
"Apa lagi yang ada dalam memberi adab dan akhlak jika hilang kuasa merotan itu dalam sistem pendidikan? Ia tidaklah menjadi keutamaan, namaun dalam mendidik dan membina akhlak, merotan itu salah satu cara dalam membentuk akhlak kepada sifatnya kemanusiaan itu. Pihak berkuasa!! bacalah hadis dalam mendidik!! Jangan guna aqal sahaja."

Pada saya, ibu bapa sepatutnya diberikan ruang sepenuhnya untuk mendisiplipkan anak masing2 asalkan tidak berlaku penderaan. Dan merotan merupakan salah satu cara untuk tujuan tersebut.

Sepandai-pandai Tupai Melompat

Pepatah ada mengatakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Tapi tupai yang dalam gambar terer sikit kot sebab dia tak jatuh terus ke tanah. Sebaliknya elok je landing di atas pagar rumah sebelah sambil menikmatai keenakan buah mempelam telur yang dah masak. Ishhh...buat orang terliur je la si tupai ni.

Monday, January 19, 2015

Kek Cokelat Lava Tok Abah

 Inilah hasil tangan Adik dengan bantuan Ayong petang tadi. Kek Cokelat Lava Tok Abah. Resepi ni Adik dapat daripada majalah Boboiboi. Dia simpan lama dah resepi ni. Lagi satu resepi yang dia simpan ialah Donut Cokelat Tok Abah.
 Balik dari sekolah tengah hari tadi, dia terus memanggil Ayong. Minta bantuan Ayong untuk buat kek ini. Lepas tu dia bertanyakan saya di mana letaknya bar cokelat dan serbuk koko. Lepas tu tanya macam mana nak asingkan putih dan kuning telur. Lepas tu dengan bantuan Ayong, mereka menggodek bahan2 di dapur. Ayong cuma bantu mana yang perlu je. Double-boiler Ayong yang buat. Yang lain2 Adik yang buat. Saya cuma tolong tunjukkan cara2 nak on oven je.
Resepinya tak payah le saya nak taip satu per satu ye. Saya scan dan paste aje resepi original dari majalah Boboiboi tu. Cumanya cara2 tu mereka ringkaskan sikit.
Langkah 2 : Cairkan mentega dan cokelat secara double-boiler.
Langkah 5 : Mereka guna bekas alumunium foil menggantikan cawan kertas dan dapat dalam 8 biji kek.
Selamat mencuba!!!

Slice Cheese Cake


Sumber : RosJintanManis
Sumber : AzitaZain
Bahan-bahan : 
  • 5 keping slice cheese
  • 200ml susu segar
  • 70gm mentega
  • 70gm tepung gandum - diayak
  • 70gm gula halus
  • 4 biji telur Gred B
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara :
  1. Carikkan slice cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar. Masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga cheese menjadi cair. Kacau sentiasa. 
  2. Masukkan mentega, kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan sebentar.
  3. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur bersama dengan gula hingga menjadi meringue.
  4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan adunan cheese tadi ke dalam magkuk kuning telur dan kacau rata.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Pastikan adunan tidak berketul2 ataupun bergentel2.
  6. Akhir sekali masukkan meringue sedikit demi sedikit bersama esen vanilla. Kacau rata dengan kaedah kaup-balik hingga adunan sebati.
  7. Glis loyang 7". Alas dasar dengan kertas minyak dan oles dengan marjerin. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan kaedah bain-marie ataupun water-bath.
  8. Bakar pada suhu 170oC selama 20minit dan turunkan suhu kepada 140oC selama 40minit.

Sunday, January 18, 2015

Singer 9217

 Mesin jahit Singer. Saya beli selepas mula bekerja di Kiswire pada tahun 1992. Dah lebih daripada 20 tahun. Boleh masuk kategori antik ke?
 Singer...menawan keluarga bahagia! Motto Singer...
 Yang best pasal mesin jahit ni ialah ada banyak pilihan jenis jahitan. Pilih je nak design mana. Ni mesin elektrik. Tak payah nak kayuh2. Tekan je kat hujung kaki, bekerja le mesin tu.
Rasanya ini model yang paling femes dulu2. Tapi masalah nak mencari sekucinya. Susah sangat2 nak dapat sekuci di pasaran. Saya ada 3 je lagi sekucinya. Terpaksalah bersalin benang selalu. Mesin ni rosak aritu. Benangnya berkumpul2 di bahagian bawah dan juga benang atas selalu putus. Bawak pergi ke kedai membaiki mesin, kena la RM85. Tapi alhamdulillah. Saya hantar tengah hari, petang tu apek tu dah call, suruh datang amik. Alhamdulillah. Dah boleh meneruskan aktiviti menajahit pula. Setakat baju kurung dan baju2 untuk pakai sendiri, boleh la.

Wednesday, January 14, 2015

Ikan Selar Masak Lemak Cili Padi

Ikan selar masak lemak cili padi kurang pedas campak2 ini bukan menu hari ini tapi menu minggu lepas. Hehehe...! Apa pun resepinya, rasanya akan berbeza mengikut tangan yang memasaknya. Contoh...saya letak 2 biji cili api merah yang dititik sikit. Jadi rasanya akan sedikit pedas. Kalau anda letak 2 biji cili api juga tetapi versi yang lebih pedas, makanya akan terasa lebih kepedasannya. Kan? Ok...jom tengok resepi masak lemak cili api kurang pedas main campak2 ni.
 Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan selar - dipotong dua
  • Sedikit garam dn serbuk kunyit
  • 1 sudu besar bawang merah + bawang putih yang telah dikisar halus
  • 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam keping
  • 3 biji cili padi merah - dititik
  • 1 helai daun kunyit - dicarik2
  • 3 helai daun cekur - dihirs halus
Cara-cara :
  1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang2 kisar dan cili kering kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan serai dan santan. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, daun kunyit, cili padi, asam keping dan daun cekur. Kacau rata.
  5. Biarkan mendidih sekejap. Perasakan manis masinnya. Siap!
Dah boleh makan dengan nasi putih panas2...
Nota :
Saya memang sediakan stok bawang putih + bawang merah dan juga cili kering kisar yang disimpan dalam bekas kedap udara secara berasingan di dalam petiais. Senang nak masak. Main kaut2 je. Tak perlu nak blender lagi.

Monday, January 12, 2015

Kembali Ke SDAR

 Semalam, 11hb Januari 2015, bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2015 untuk negeri2 Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bagi negeri2 lain, sesi persekolahan bermula hari ini, Isnin 12hb Januari 2015.
 Semalam kami menghantar Abang Yang balik ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) di Sg Gadut, Seremban. Kami pergi berdua sahaja. Dan ditemani juga oleh Sang Penyu. Adik dah mula sekolah. Abang Ngah pun ada kelas semalam. Kami memulakan perjalanan seawal jam 7:15 pagi. Bertolak awal supaya tidak kelam-kabut mengejar masa. Walaupun pendaftaran pelajar bermula jam 2:00 petang tapi kami ke sana lebih awal untuk mengemas katil, locker dan barang2 dia di dalam dorm dulu. Biasalah...locker memang dah teruk2 belaka. Semuanya nak kena perbaiki sendiri. Setiap kali naik sekolah di tahun baru, mesti bawa alat2 pertukangan.
Dalam perjalanan, kami singgah bersarapan di R&R Machap arah utara. Kami bersarapan di Rotikaya Kopitiam. Abang Yang dan saya makan set roti bakar dan hubby makan bihun goreng. Set roti bakar tu berharga RM10, sekali dengan kopi-o secawan. Alhamdulillah.
Kami sampai di SDAR seawal jam 11:00 pagi. Tidaklah awal sangat sebab ada ibubapa dan pelajar yang dah sampai lebih awal. Dorm Abang Yang kali ini ialah di Bilik C13. Tahun lepas di C1. Jenuh nak memanjat tangga ke tingkat paling atas, Termengah2 nak menyampaikan k atas sekali. Dalam pada kami berkemas2, saya ditegur oleh seseorang. Siapa?
 Puan Rose Azla Ramli...nama dalam FB. Pertama kali bersua muka. Sebelum ni hanya bertegur sapa di ruang FB sahaja. Azla tinggal di Senawang. Dalam 20 minit perjalanan je katanya. Anaknya Ehsan duduk di bilik sebelah. Tahun ni penempatan di dalam setiap bilik telah ditukar. Kalau dulu, pelajar dari batch yang sama tinggal dalam bilik yang sama. Kali ini, 2 orang dari setiap batch di tempatkan di dalam satu bilik. Tujuannya supaya mereka bercampur tidak mengira batch. Dalam bilik Abang Yang, cuma dia seorang je budak Form 4.
 Abang Yang dan Ehsan...

Jam 2:00 petang ramai pelajar dan ibubapa berkumpul di dalam dewan. Pendaftaran dan pembayaran segala yuran dilakukan di dalam dewan mengikut kelas masing2. Dalam pada pendaftaran sedang sibuk berjalan, ada pula diselitkan ucapan dan pesanan daripada Pengetua dan YDP PIBG. Memang tidak sesuai sesi tersebut diselitkan semasa pendaftaran kerana ramai pelajar dan ibubapa tidak menumpukan perhatian. Kalau sesi pendaftaran ditangguhkan, pastinya akan menyusahkan ibubapa yang tinggal jauh kerana pendaftaran akan lewat habis. 
 Tuan Pengetua
Sambil mendaftar dan bayar yuran, sambil mendengar celoteh Pengetua dan YDP PIBG.
 Dan seharusnya tidak lupa kepada Cikgu Zalita yang juga dikenali melalui FB. Seorang guru yang penyayang, pengganti ibu untuk anak2 di SDAR. Terima kasih Cikgu kerana melayan anak2 kami seperti anak2 sendiri. Cikgu Zalita baru balik dari menunaikan umrah. Moga Cikgu Zalita diberikan kesihatan yang baik, dilindungi dan dirahmati oelhNYA selalu.
 Dalam pada sibuk mendengar ucapan YDP PIBG, saya terpandangkan seseorang yang sedang beratur untuk mendafatar dan membayar yuran. Saya pandang dia, dia pandang saya. Macam ku kenal...tapi siapa ya? Akhirnya saya menuju kepada dia dan bersalaman. Sambil bersalam sempat bertanya untuk kepastian. "Ini Noridham...kan?". Ya...memang betul tekaan saya. Inilah dia...gara2 tak pernah bersua muka, cuma berbicara melalui FB juga. Pertama kali juga berjumpa di sini.
Ini senarai nama pelajar yang sama kelas dengan Abang Yang. Kelas 4 Hurairah adalah untuk mereka yang mengambil subjek Prinsip Akaun sebagai subjek tambahan selain daripada sains tulen (Add Math, Biologi, Fizik dan Kimia).

Kami bertolak balik dari SDAR sekitar jam 5:00 petang. Dan kami selamat sampai ke rumah sekitar jam 9:30 malam.
**********

Kiriman Dari Terengganu

Allahhuakbar. Memang terharu sangat bila menerima kiriman dari seorang teman di Terengganu. Elok tersusun rapi benih2 tersebut. Dimasukkan ke dalam plastik kecil molek setiap satu. Siap dengan label. Senang nak pilih nak semai yang mana dulu. Banyak benih yang dikirimkan. In shaa Allah akan dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun tiada ruang tanah untuk berkebun, tanam dalam pasu pun boleh...
Terima kasih daun keladi kepada pengirim biji benih ini. Anda tahu siapa anda...hihihi.

Sunday, January 11, 2015

Kembali Ke Sekolah

 Persiapan terakhir sebelum kembali ke sekolah. Yang ini barang2 untuk Muhammad Azrai yang akan kembali ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sg. Gadut, Seremban. Sesi persekolah tahun 2015 akan bermula pada hari Isnin, 12hb Januari 2015. Pagi ahad akan bertolak ke SDAR. Tahun ni dorm mereka akan bercampur penghuni dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Sebelum ni dalam satu dorm tu terdiri daripada tingkatan yang sama. Azrai masih di Blok Temenggung. Cuma dia akan berpindah ke tingkat paling atas.
Ni antara barang2 yang WAJIB dibawa lebih daripada satu. Asyik hilang je. Walaupun harganya tidaklah mahal, tapi kalau setiap kali outing atau 'balik kampung' mesti kena beli 2,3 pasang, jenuh juga. Yang hilang tu kira bukan rezeki dia la...rezeki orang lain.

Friday, January 9, 2015

Egg Sandwich Toast

Ini satu lagi variasi roti bakar yang juga digabungkan dengan telur dan mayonis. Juga amat sesuai untuk sarapan dan juga minum petang.
Bahan-bahan :
  • 12 keping roti slice
  • 5 biji telur - direbus hingga masak sepenuhnya
  • Mayonis secukupnya
  • Sedikit lada sulah
  • Mentega secukupnya - untuk disapu pada permukaan roti

Cara-cara :
  1. Kupas telur dan hancurkan di dalam mangkuk.
  2. Campurkan mayonis dan lada sulah. Kacau rata.
  3. Ambil sekeping roti. Sapukan permukaannya dengan marjerin.
  4. Ambil sesudu campuran telur dan ratakan di atas kepingan roti tadi.
  5. Ambil sekeping lagi roti dan sapukan permukaannya dengan marjerin. Telangkupkan ke atas campuran telur  yang telah diratakan tadi.
  6. Kemudian sapukan kedua2 permukaan luar roti dengan mentega. Ketepikan.
  7. Ulang lagi sehingga habis campuran telur - akan dapat 6 set sandwich yang belum dibakar.
  8. Panaskan sandwich maker - bergantung kepada sandwich maker masing2.
  9. Bakar sehingga permukaannya garing - ataupun ikut citarasa masing2.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Saya menggunakan sandwich maker jenama Philips ni sejak tahun 2004 lagi. Dah berusia 10 tahun. Alhamdulillah, masih elok. Cumanya permukaan dalamnya dah sedikit terkopek.
Sandwich maker ni adalah token sebagai AJK yang menguruskan Treasure Hunt pertama Kiswire Sdn Bhd pada 29hb Februari 2004 ~ 1hb Mac 2004 di Desaru Beach Resort.

Thursday, January 8, 2015

Hobi Baru

 28-09-2014 segalanya bermula...
Pergi ke nursery. Bercadang nak membeli tanah sahaja. Tapi ternampak la pulak bunga2 yang cantik. Di rumah cuma ada bunga2 kertas / bougenvilla je. Apa salahnya menambah koleksi bunga untuk menyerikan lagi halaman yang sekangkang kera...kan? Maka  terbelilah bunga Ros Jepun (RJ) berlapis dan juga Teronia ni. RJ saya beli 3 pasu kecil dengan warna2 yang berlainan. Manakala teronia saya beli 2 pasu, juga dengan warna yang berlainan.
Yang merah ni ialah bunga keembong. Rajin keembong ni berbunga. Lebat pulak tu bunganya.
RJ berlapis ada kaler pink, oren dan purple.
Nak panggil kaler apa ya teronia ni? Yang belakang tu warnya gelap...macam warna biji kundang. Yang depan ni kaler pink purple kot...hehehe...rabun warna.

Kari Sardin Dan Kentang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah menu tertunggak. Lama dah. Sekarang ni saya tak makan dah sardin dalam tin. Kalau dulu saya suka simpan stok ikan sardin. Saya masak kalau tak ada lauk2 lain di rumah. Ataupun kadang2 nak tukar selera. Tapi sekarang ni, sardin dalam tin dah tak termasuk dalam senarai pembelian barang2 dapur.


Bahan-bahan :

  • 1 tin besar ikan sardin - saya gunakan jenama Botan
  • 2 biji kentang - kupas dan potong dadu
  • 2 ulas bawang merah **
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus - hiris halus **
  • 1 inci halia - mayang halus **
  • Daun kari secukupnya **
  • 2 sudu besar rempah ikan 
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 cawan santan

Cara-caranya :

  1. Campurkan serbuk rempah dengan sos cili dan sos ikan sardin. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda ** hingga kekuningan.
  3. Masukkan pes rempah dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang separuh masak.
  5. Masukkan sardin dan kacau perlahan. 
  6. Masukkan santan. Masak hingga santan mendidih sambil dikacau supaya santan tak pecah minyak.
  7. Masukkan perisa secukupnya.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Wednesday, January 7, 2015

Scrambled Toast

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam minggu ni sahaja, dah dua kali saya buat Scrambled Toast ni. Sesuai untuk sarapan dan minum petang. Nak membuatnya pun senang dan ringkas.
 Bahan-bahan :
  • 12 keping roti slice
  • 5 biji telur
  • Lada sulah secukupnya
  • Perisa secukupnya
  • Daun sup/bawang - dihiris halus * jika suka
  • Mayonis untuk hiasan - masukkan ke dalam piping bag
  • Sos cili untuk hiasan - masukkan ke dalam piping bag
  • Hirisan slice cheese - jika suka
  • Sedikit mentega / marjerin untuk sapuan

Cara-cara :
  1. Gelek roti dengan roll pin supaya roti mudah dibentuk.
  2. Sapukan mentega di kedua2 belah permukaannya. Ketepikan.
  3. Pukul telur dengan garfu. Masukkan perisa secukupnya dan juga lada sulah. Pukul hingga sebati.
  4. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak. Masukkan adunan telur dan kacau laju2 dengan menggunakan garfu. Kacau hingga adunan menjadi bergentel2 dan sedikit kekeringan dan garing. Angkat dan sejukkan seketika.
  5. Kepingan roti tadi dimasukkan ke dalam loyang muffin. Caranya : temukan kedua penjuru roti yang bertentangan dan masukkan ke dalam lubang loyang muffin.
  6. Masukkan telur yang telah dimasak hancur tadi.
  7. Letakkan hirisan slice cheese.
  8. Picitkan mayonis dan sos cili ke atasnya.
  9. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 degree selama 10 minit.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Pengumuman - Dari Dapur Azita Zain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa semua resepi dari blog Dari Dapur Azita Zain akan dipindahkan ke sini secara berperingkat-peringkat. Blog tersebut akan di"private"kan ataupun akan terus ditutup dalam masa terdekat. Harap maklum.


Sebab nak tutup / private?
Malas dah nak update blog secara berasingan. Semuanya nak dirangkumkan di dalam blog yang sama. Senang nak maintain. Hehehe...

Kepada pengikut2 Dari Dapur Azita Zain, anda boleh mengikuti resepi2 saya di sini pula. In shaa Allah.

Majlis Selaut Kasih Segunung Budi

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Majlis Selaut Kasih Segunung Budi adalah untuk meraikan perpindahan Guru Besar dan GPK1 SK Taman Pasir Putih. Majlis telah diadakan di Bayu Marina Resort, Permas Jaya. Juga untuk meraikan kenaikan pangkat GPK Petang ke GPK HEM. Majlis juga meraikan kehadiran pihak pentadbir baru.

Mereka yang diraikan adalah seperti berikut :
1) Guru Besar, Puan Hajah Rosyati Jani - berpindah ke SK Taman Rinting 2
2) GPK1, Puan Fadzilah Othman - berpindah ke SK Kota Masai 2
3) GPK Petang, Puan Masrawati Mohd Ali - dinaikkan pangkat ke GPK HEM, masih di SKTPP
4) Guru Besar baru, Puan Hajah Mardiana Sajadi - dari SK Pasir Putih (Kg Pasir Putih)
5) GPK1 baru, Puan Hajah Norlida Mohd Noor - dari SK Taman Rinting 2
6) GPK Petang baru, En. Rosli Satar - tak pasti dari sekolah mana. Maaf.

 Ucapan oleh Puan Hajah Mardiana Sajadi, Guru Besar SKTPP
 Ucapan oleh En Jasman, YDP PIBG
 Ucapan oleh Puan Masrawati, mantan GPK Petang
 Ucapan oleh Puan Fadzilah, mantan GPK1
 Pengerusi Majlis, Cikgu Zairul
 Puan Hajah Rosyati, mantan Guru Besar
 Cikgu Rosli GPK Koko dan Cikgu Rosli GPK Petang. Dah le nama sama, baju pun sama hitam.
 Simbolik penyerahan tugas GPK Petang daripada Puan Masrawati Kepada En Rosli
 Simbolik penyerahan tugas GPK HEM daripada Puan Fadzilah kepada Puan Masrawati
 Simbolik penyerahan tugas GPK1 daripada Puan Siti Sapariah kepada Puan Hajah Norlida
 Simbolik penyerahan tugas Guru Besar daripada Puan Hajah Rosyati kepada Puan Hajah Mardiana
 Puan Hajah Rosyati (mantan GB), Puan Hajah Mardiaana (GB), Puan Masrawati (GPK HEM) dan Puan Hajah Norlida (GPK1)
 Barisan pentadbir bersama kakitangan sokongan yang menguruskan majlis
 Free style...!
 AJK Ibu PIBG bersama Puan Hajah Rosyati dan Puan Masrawati.
 AJK Ibu PIBG bersama mantan GPK1, Puan Siti Sapariah
 Gaya santai AJK PIBG Sesi 2014/2015 bersama mereka yang diraikan.