Thursday, March 31, 2011

Lauk Sadin Jer...


Alhamdulillah...siap sudah projek2 yang sepatutnya disiapkan hari ini. Menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa bukanlah satu kerja senang, mudah dan enteng. Walaupun rutin harian yang sama tapi amat memenatkan. Kena pulak nak melayan kerenah anak2 yang 1001 ragam. Belum lagi nak layan kerenah suami. Bukan pulak bermaksud saya ni "menyesal" menjadi surirumah sepenuh masa. Ada seronoknya! Seronok melayan anak2 (walaupun kadang2 naik darah jugak...hehehe), dapat melihat anak2 membesar di depan mata sendiri. Seronok menyediakan juadah dan makanan untuk keluarga. 'Kembang' hati seorang ibu kalau anak2 suka makan masakannya...dan 'kembang' jugaklah hati seorang isteri bila suami tidak pernah merungut dengan juadah yang dihidangkan, menolong dalam segala hal dan sangat bertimbang rasa. Syukur kepadaMU Ya Allah...!!!

Hari ini awal2 pagi lagi saya dah menyediakan juadah untuk makan tengahari. Sebaik sahaja Adik ke sekolah, saya terus ke kedai runcit berdekatan. Stok lauk dah habis dalam petiais tu. Jadinya, saya sambar sardin satu tin besar dan pucuk suhun dua paket. Selepas selesai menyidai kain, terus ke dapur. Tanak nasi dalam periuk elektrik dan meneruskan projek masak ikan sadin dan juga masak lemak putih pucuk + suhun. Biasanya kalau saya masak sadin, saya mesti masak lemak putih pucuk + suhun. Dah jadi geng kedua2nya ni...

Kenapa pulak saya masak awal sangat ya??? Belum pukul 10:00 pagi, semuanya dah beres! Dah siap berposing pun...! Sebabnya, tengaharinya ada projek baking2 dan deco2....


Inilah dia Tumis Sardin Bersama Kentang...lauk unutk tengahari tadi. Errr...gambar sayurnya tak adalah pulak...

Dan selepas Adik ke sekolah kebangsaan, saya pun meneruskan projek seterusnya... Membakar Chocolate Moist Cupcake. Ada permintaan untuk hari ini. Dan sebelum menghantar Ayong ke kelas tuisyen jam 5:00 petang tadi, semuanya dah beres!!!

Ini ada baki 9 biji. Sapa nak angkat tangan....!!!!!


2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak ita..sekali sekala sardin pon sodap!!atie nak CC tue...!!!dah lama angkat tangan nih.....

Azian Elias said...

bulan mei nnt bibik dah balik. tak tau samada mampu nak buat keje umah..