Wednesday, June 30, 2010

Layang-Layang Melayang


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Lama dah tak mengemaskini rumah ni. Agak sibuk sikit kebelakangan ini.

Sekadar nak kongsi peristiwa hari Sabtu dan Ahad lepas. Abang Yang ada menyertai Sukan Rakyat yang diadakan di Bukit Layang-Layang tu.  Sukan tu berlangsung selama 2 hari - Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu adalah acara saringan dan hari Ahad adalah acara akhir.

Abang Yang menyertai pasukan sekolah seramai 10 orang dalam 2 kumpulan (setiap kumpulan 5 orang). Sekolah dia menghanar 2 kumpulan. Kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Abang Yang masuk 2 acara akhir - bawak bola dalam sudu dan bawak bola dalam gelung. Alhamdulillah dapat tempat pertama dan ketiga. Mereka membawa pulang 4 hamper untuk dikongsi bersama2.

Saya tidak pergi melihat dia bermain pun. Sekadar singgah sekejap untuk menjemput dia pada petang Ahad tu selepas upacara penyampaian hadiah. Sementara menunggu upacara penyampaian hadiah selesai, saya pun tenang2 ler layang2 yang sedang terbang di udara. Ada juga layang2 yang tidak dapat diterbangkan sebab kekurangan tiupan angin. Jom tengok sebahagian daripada layang2 tersebut...


Layang2 harimau...

Layang2 rama2...

Layang2 apa ni ya...ikan pari ke?

Layang2 ikan pari kot...

Ni tak tau layang2 apa...




Ni Abang Yang dan kawannya yang baru selesai upacara penyampaian hadiah. Dapat le hamper...


Scrambled toast bread untuk juadah minum petang. Kebetulan pulak Atikah ikut Ayong balik petang tu selepas selesai latihan pancaragam di stadium. Sebelah malam mereka ada rehersal di depan Meanra Aqabah tu. Itu yang Atikah ikut Ayong balik tu. Sempatlah mandi manda dan minum petang dulu sebelum hubby menghantar mereka semula ke stadium sebelum Maghrib.




Saturday, June 26, 2010

Gerhana Bulan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedang saya terlena dek kerana keletihan, tiba2 hubby berlari naik ke dalam bilik. Lakunya seperti ada sesuatu yang terjadi...seperti ada kecemasan!!! Terkejut mak.....! (intonasi macam si Sally dalam Upin Ipin...Pengembaraan Bermula tu....).

Rupa2nya hubby nak menyampaikan berita tentang fenomena gerhana bulan yang sedang berlaku waktu itu (lebih kurang jam 8:05 malam). Kelam kabut hubby bukakan tingkap bilik dan menyingkap langsir. Saya yang masih mamai terkejut dari lena terus menuju ke tingkap. Nampak berpinar2 jer... Mana tidaknya...mata tak berapa elok nak bukak lagi...!

Dalam mamai2 tu pun, sempat gak suruh hubby ambilkan kamera kat dalam beg. Alhamdulillah....sempat juga merakamkan beberapa gambar. Tapi maklum sajalah kan...sekadar digital camera biasa. Mula2 tu saya gunakan fungsi auto tapi hasilnya tak berapa cantik. Dalam keadaan langit yang gelap gelita...


Subhanallah...dapat juga DC saya merakamkan gambar ini...

Masih guna fungsi auto...

Yang bawah2 ni saya gunakan fungsi manual dengan sedikit perubahan pada lensa pembukaan. Tak terer sangat bab2 ni...







Tempahan Apam Dan Cistat Lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah diatas limpah rezeki kurnia olehNya, bersyukur diatas tempahan yang diterima. Lagi tempahan untuk cistat dan apam comel. Sampai jam 4:30 pagi saya berjaga nak menyiapkan tempahan ni. Sambil2 tu sempat gak layan Pesta Bola Dunia, 2 games, pukul 10:00 malam dan pukul 2:30 pagi. Aduiii...pening kepala bila tak cukup tidur ni!


Orange, blueberry dan chocolate cheese tart tempahan dari Ana, Taman Kota Masai sebanyak 30pcs. Ana sedang mengandung anak sulung, 7 bulan. Cepat2 saya buatkan. Ikutkan Ana, dia nak datang ambil esok (Ahad), itupun kalau dia sihat. Kalau tidak, dia nak suruh hubbynya yang datang ambil. Tapi saya menawarkan diri untuk hantar sendiri ke pejabat Ana di Kota Masai jugak... Terima kasih Ana!!!

Blueberry cheese tart dan chocolate cheese tart - tempahan dari Dila. 50pcs setiap jenis. Dila ni duduk di Sintok, Kedah. Dia bekerja di UUM. Dia balik bercuti ke rumah emaknya di Taman Air Biru. Pagi tadi, Dila datang mengambil cistat ni. Sempat jugalah berborak sekejap dengan dia. Dia sebenarnya nak balik ke Jasin, Melaka pulak. Ke rumah ibubapa mertuanya. Cistat ni nak dibawa ke Melaka sebagai buah tangan. ALhamdulillah...jauuh berjalannya cistat saya ni. Ari tu dah sampai ke Terengganu, hari ini ke Melaka pulak. Isnin ni akan ke Sintok, Kedah pulak sebab Dila tempah lagi 100pcs untu dibawa balik ke Kedah. Alhamdulillah...dan terima kasih untuk Dila. Comel jer orangnya...!


Blueberry cheese tart...

Chocolate cheese tart...

Orange cheese tart...


Ini pulak Apam Comel Inti Cokelat tempahan daripada Ezu, Taman Scientex. Ahad lepas Ezu dah tempah apam comel dengan cistat. Suka sangat dia. Itu yang dia tempah lagi apam ni. Suaminya yang datang mengambil tempahan ni jam 8:40 pagi tadi. Terima kasih Ezu...!!!


Dan ini pula ialah tempahan dari Kumpulan Yaasin Muslimah Selayang 10, 12 dan 13 untuk Majlis Ilmu AMTPP petang nanti. Tempahan sebanyak 100 biji tapi saya lebihkan 50 biji sebagai sumbangan peribadi. Ada inti cokelat, strawberi dan blueberi.
Moga majlis kita petang ini akan dirahmati olehNya...Aminnnn!!!!


Cheese Tart Lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah...ada lagi tempahan yang diterima untuk blueberry cheese tart Fresh From Azita Oven...

Posing sikit...

Pusing sini pulak...

Blueberry Cheese Tart
50pcs
Ditempah oleh Tini.

Thanks Tini sebab tak jemu2 membuat tempahan...


Roti Lagi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama jugak dah mengemaskini rumah ni. Nasib baik belum sempat labah2 nak buat sarang. Kalau tidak, tentu dan bersawang. Tak perlulah bercerita panjang2 ye. Jom layan je gambar2 roti di bawah ni. Ni hasik kerja Cik BM saya tu. Roti yang sebelum ni tak sempat nak posing bagus2 sebab dah menjadi habuan hubby. Kali ini, masa roti ni siap, hubby dah tidur. Jadinya...selamatttt...!!! Ini pun Super White And Soft Bread hasil ciptaan Ros @ JintanManis. Saya suka roti ni sebab memang sedap, gebu, lembut dan putih. Cuma kali ini saya tambahkan almond nibs. Sedap!!!


Baru keluar dari oven, sapu sikit dengan mentega kat atasnya...

Memang putih, lembut dan gebu...

Makan macam ni saja pun sedappppp....!!!!


Tuesday, June 22, 2010

Roti Dan Cistat


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada orang tergoda tengok gambar2 cistat saya. Akhirnya dia membuat pesanan. Nak 50 biji tapi kulit tat cuma ada kurang dari 30 biji. Selepas Maghrib, saya meneruskan projek membuat blueberry cistat. Bakar tart crust dulu. Buat sikit je adunan tapi dapat banyak jugak tart crust.

Dah siap dibakar...

Lain sikit pesen lorekan kali ini...


Sebelum memulakan projek cistat tu, saya dah perintahkan si BM untuk buat kerja sikit. Tak kan ler saya nak buat semua, kan? Penat ler...! Saya berikan si BM tu bahan2 yang diperlukan dan saya biarkan dia bekerja tanpa gangguan. Alhamdulillah, dia pun tidak mengganggu kerja2 saya.

Selepas isyak, hubby pergi bermain badminton di kilang. Saja2 nak memanaskan badan. Ahad ni ada pertandingan. Selepas balik dan membersihkan diri, hubby bancuh kopi se-mug. Dalam masa yang sama, saya memeriksa hasil kerja si BM. Isshhh, lain macam ajeeee...! Apa yang tak kena ni? Saya jenguk2 banyak kali tapi masih dalam keadaan dan paras rupa yang sama. 

"Issshhh...tak menjadi roti aku kali ini", kata saya dalam hati. Tak apalah...esok pagi makan roti perancis je. Bila BM dah bagi isyarat kerja2 dia dah selesai, saya bukak covernya. Memang macam tak jadi roti tu. Sepatutnya penuh tapi kenapa separuh tinggi je? Bila dah sejuk, saya angkat keluar loyangnya tu. Tunjuk pada hubby. Hubby picit2. "Eh, ok la ni. Mana ada keras. Elok lembut je...", kata hubby. Biar betul! Rasa pun rasa dan picit2 jugak. Betullah...memang lembut je! Maknanya roti tu memang menjadi!
Dalam pada saya masih sibuk dengan cistat tu, hubby cubit roti tu sikit demi sikit. Roti tu masih dalam loyangnya lagi. Selamba jer hubby mencubit sampai jadi macam ni......:-

My dear hubby punya kerja. Tangan leka mencubit roti, mata leka tengok bola...

Terkejut saya bila tengok baki roti tu. Cepat2 saya ambil dan keluarkan dari loyangnya. Tak sempat nak berposing dalam keadaan yang sempurna...!

Tinggal separuh. Memang lembut dan gebu...

Makan panas2 dengan air kopi memang sedap. Itulah yang hubby buat...!

Kembali Ke Sekolah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Semester kedua sekolah sudahpun bermula semalam. Adik amat teruja untuk ke sekolah sebab ada beg baru. Masa peperiksaan akhir semester satu ari tu, Adik dapat nombor 3 dalam kelas dan nombor 4 untuk murid2 K2 (kecuali kelas Bistari). Alhamdulillah. Itu yang belikan dia beg baru tu. Lagipun beg lama dia tu dah koyak sikit. Mula2 Adik kata nak beg Bola Kampung (kartun di TV2) tapi tak ada. Akhirnya, cuma dapat yang ini jer :


Beg Ben 10...


Lepas tu saya juga kena siapkan tanda nama untuk Adik. Tanda nama yang lama entah ke mana hilangnya. Tanda nama ni kalau hilang, sekolah boleh ganti tetapi ada bayaran. Untuk menjimatkan kos (sebab tanda nama Adik selalu bermasalah...koyak le, hilang le...), saya buat sendiri tanda nama ni.

Bahan2 yang diperlukan untuk membuat tanda nama Adik. Standby je 4,5 salinan...


Sabtu pertama cuti sekolah ari tu, ibu jari kaki kiri Adik tersepit kat pintu kereta. Entah macamana boleh tersepit, saya pun tak tau. Masa tu Adik yang tutup pintu kereta tu sendiri. Dia boleh tak sedar yang kaki dia masih kat tepi pintu tu. Semalam, masa bersiap2 nak ke sekolah, kuku kakinya dak lekang dari kulit.


Dah ternganga sikit...

Masa tunggu van, Adik tersepak apa entah...terus ternganga besar cam gini...

Saya cabutkan terus...

Adik ke sekolah dengan berselipar saja...


Monday, June 21, 2010

Promosi Dan Iklan


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Ada iklan dan promosi pendek. Bukan iklan ubat gigi ataupun iklan bolasepak. Juga bukan promosi jualan murah ataupun jualan mega ataupun penghabisan stok! Bukan juga iklan ataupun promosi blueberry cheese tart, marble cheese browniesm apam comel ataupun cupcake!



Anda tahukah apakah "benda" di dalam gambar di atas ni? "Benda" ni tak ada kaitan dengan tajuk entri di atas. Jauh sekali berkaitan dengan sebarang iklan ataupun promosi. Sekadar nak melepaskan GERAM!!!!

Sekali pandang macam lantai kayu, kan? Memang diperbuat daripada kayu tapi bukanlah lantai. Tak kan le lantai seciput tu aje. Itu sebenarnya penutup lubang yang kat longkang di depan rumah tu. Kat mana2 pun mesti ada lubang kat depan rumah, di bahagian atas longkang. Betul tak? Haaa....inilah cerita GERAMnya...!

Penutup asal (aka original, asli) diperbuat daripada besi. Kami dah menetap di rumah ni sejak Abang Ngah berusia setahun. Maknanya dah 13 tahun. Awal2 dulu (lupa dah bila...), penutup besi tu dah kena KEBAS dek orang2 yang tidak bertanggungjawab. Hubby terpaksa tempah khas untuk menggantikannya. Buat besar sikit supaya ketat dan susah untuk diumpil.

Hari Sabtu lepas (19hb Jun), kami ada majlis yaasin dan tahlil di rumah jiran yan berhampiran. Selang 9 buah rumah rasanya. Saya pergi ke majlis tu dalam jam 9:00 malam (kaum muslimah pergi untuk makan jer...). Dalam jam 10:00 malam, saya dah balik. Huuby dan anak2 dah balik dulu sebab mereka pergi selepas Maghrib untuk turut sama dalam majlis yaasin dan tahlil tu. Sampai aje depan pagar, hubby tunjukkan LUBANG tu. DAH TERLOPONG!!!!! Penutupnya dah kena rembat dek malaun mana entah. GERAMMMMMMM!!!!!! Bukan setakat depan rumah saya, jiran sebelah rumah kiri, kanan dan hujung pun kena jugak.

Pagi Ahad tu hubby berikhtiar untuk menutup lubang tu. Risau kalau anak2 main kat situ, terjatuh pulak ke dalam longkang. Kat belakang rumah adalah sikit saki-baki kayu. Itu yang hubby bertukang sikit tu. Dan jadilah penutup longkang yang UNIK!!! Nak ganti dengan besi, takut pulak kena kebas lagi...

Semalam, kawan saya yang tinggal berdekatan dengan sekolah rendah dan sekolah menengah tu pun mengadu penutup longkang dia hilang jugak. Issshhh...memang penyangak2 tu buat operasi besar2an pada malam tu agaknya! Kalaulah dapat cekup..hentak2 kepala mereka dengan penutup longkang tu!!! Lepas tu sumbatkan dalam longkang tu je... GERAMMMMMMM!!!!


Habis kisah GERAM, baru timbul kisah promosi dan iklan. Hehehehe.... Iklan dan promosi ini adalah percuma. Pihak penyiar (sayalah tu...) tidak menerima sebarang bayaran dan imbuhan daripada pihak penganjur tau!!


Hari Lanskap Negeri Johor di Taman Bandar, Pasor Gudang pada 1hb Julai nanti...

Ada majlis pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada tengah malam 30hb Jun di hadapan Menara Aqabah...


Hari Terbuka Iskandar Malaysia anjuran IRDA (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar) pada 3hb dan 4hb Julai di Atrium Kompleks Pusat Bandar.

Biarkan Alam Berbicara...


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta seluruh alam dan isi kandungannya! Lihatlah betapa besar kebesaranNya. Segala yang terjadi adalah di atas kehendakNya, di atas percaturanNya yang amat sempurna.


Burung sedang mencari sesuatu di kuntuman bunga...

Menyedari kehadiran seseorang....

Ulat dia atas daun limau purut...

Lagi seekor ulat...

Ulat di daun kari...

Kumbang kecil di daun kari...

Anak labah-labah...

Dua ekor semut sedang mengucapkan janji setia sehidup semati di daun limau purut...

Lalat bertenggek di tepi pasu bunga...

Tumbuhan kecil...

Dicelah-celah kehijauan dedaunan, terselit sesuatu yang unik...

Daun paku pakis di sebalik pokok tanduk rusa...

Tidak boleh digambarkan...

Pokok tanduk rusa...

Daun paku pakis yang telah veteran...

Close-up...