Monday, February 8, 2010

Jalan-Jalan Di Jusco Permas Jaya


Assalamualaikum dan selamat tengahari untuk semua. Saja nak cerita pasal jalan-jalan ke Jusco Permas Jaya semalam. Actually, tujuan utama bukan untuk ke sana tapi ada perancangan lain. Pagi semalam Abang Yang ada seminar di Hotel Selesa dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Selepas hubby pergi hantar Abang Yang, kami sarapan di rumah aje. Hubby masak nasi goreng campak2. Abang Ngah pulak ada perlawanan bolasepak di Selasih Pulau. Habis jam 10:30 pagi katanya. Pesan dengan dia, selepas habis terus balik rumah sebab kami nak keluar. Hampir 11:00 pagi baru dia sampai ke rumah. Dah siap masing2, kami pun bertolak. Ke mana?

Mula2 kami menuju ke Danga Bay, nak ke Maxis Center sebab Ayong nak tukar semula pelan dia ke pre-paid. Bila check dengan petugas di situ, selepas 6 bulan baru boleh tukar. Maknanya April nanti baru boleh tukar pelan tu. Selepas tu kami terus ke City Plaza, untuk bayar kad kredit di City Bank. Dah siap 2 kerja...! Masa tu dah 12:30 tengahari. Hmmm...anak2 dan mengadu kelaparan. Saya syorkan ke Jusco Permas Jaya je sebab di situ ada banyak pilihan. Sampai di sana, punyalah susah nak dapat parking. Banyak kereta yang berpusiing2 mencari ruang kosong. Alhamdulillah....ada satu kereta tu nak keluar. Zzzzzuuuuuppppp...hubby terus parking kat situ.

Melangkah ke dalam bangunan, Ayong dan Abang Ngah kata nak makan yang sedap2. Dan pilihan mereka ialah Sedap Corner. Let's go....!!! Jom tengok apa yang kami makan dan minum.

Hubby order air bandung dan cendol, Ayong pulak iced lemon tea, Adik order milo ais dan kelapa, Abang Ngah pulak mintak kelapa dan saya minum mocktail....

Makan pulak...Prawn and Chip untuk Adik, Chicken Chop untuk Abang Ngah, Fish Kuey Tiaw untuk Ayong dan Beef Kuay Tiaw untuk hubby dan saya..

 

3 comments:

AiE bAhRi said...

salam kak..

wah..sedap tu kak menu..jusco kalau hujung minggu mmg susah nk cari parking..huhuhu

Anonymous said...

salam kak ita,memang sedaplah menu 2 tu...

Azita Zain said...

aie : kdg2 tu x susah gak tp nak CNY ni, ramai org shopping...

ima : mmg suka mkn kat sedap koner tu...