Wednesday, February 24, 2010

Pening Lipas

Biasanya kita dengar PENING LALAT, tapi malam tadi saya terdengar PENING LIPAS pulak. Dari mana datangnya ungkapan ini? Begini ceritanya :

Malam tadi, semasa saya masuk ke bilik tidur, saya ternampak seekor lipas. Dengan pantas, saya pun capai le tong Ridsect dan cit-cit (sembur) ke arah lipas tu. Biasalah...kalau lepas kena sembur dengan racun nyamuk cam gitu, lipas tu pun lari macam lipas kudung walaupun pada hakikatnya lipas tu tak kudung pun...! Suddenly (fullamak...!) Adik pulak masuk. Dia mulalah mengusik barang2 yang ada kat dalam bilik ni. Saya pun menakut2kan dia sebab dia memang takutkan lipas...

Dik, usik le barang mak tu. Nanti lipas tu kejar Adik, mak tak tau!

Mana lipas mak?

Tu ha...ada kat situ! Tadi mak dah cit-cit dia... (cit-cit = sembur dengan Ridsect @ sewaktu dengannya...)

Secepat kilat Adik berlari naik ke atas katil. Tak lama lepas tu lipas tu pun menonjolkan dirinya yang merayap macam lipas kudung tu...dengan tak tentu hala tuju. Dah puas berpusing ke sana dan kesini, last2 lipas tu masuk bawah katil.

Mana lipas tu tadi Dik?

Dia pergi nyorok bawah katil mak!

Isshhh...mak pun takut juga. Nanti dia keluar, dia gigit mak pulak (lalu saya pun naik ke atas katil juga).

Lipas tu pening sebab mak dah cit-cit dia. Nanti kalau dia dah tak pening lagi, dia keluar la dari bawah katil mak ni....

Tersenyum simpul emaknya mendengar sambil berkata di dalam hati, "Dah kena cit-cit, tak lama lagi matilah dia...".

Lepas tu masing2 lupa pasal lipas tu....

3 comments:

Ummi Hajjah said...

salam buat mak dan adik . Nampaknya ita boleh jadi penulis skrip cerita lucu untuk anak2. Sapa yg mula guna istilah cit2 tu? Agak2 kalau kita semua kumpulkan bahasa baru dlm rumahtangga kita....sure best eh. Rmh akak sendiri pun gitu...yg mula mereka istilah anak yg sulong. Sampai hari ini istilah2 tu digunakan jika perlu tanpa org lain faham maknanya...

Sue @ Nenie said...

Salam....nice...suke baca...ya ya ya kita pon dolu² time study ada gak istilah² geng² ni...sonok kannnn....time borak² hanya kita² jee yang pahammmm... ha ha ha

Azita Zain said...

kak izan,
istilah2 tu kengkadang secara tak langsung dan tak sengaja terciptanya. mmg tiap keluarga ada istilah2 tersendiri yg mereka shj yg tau maknanya. boleh dijadikan kod rahsia...

sue@ninie,
melayan kerenah dan telatah si Adik mmg amat menyenangkan hati. ada jer cakap2nya yg mencuit hati...