Wednesday, February 24, 2010

Jalan2 Hari Ahad

Dah hari Rabu hari ni, baru nak cerita pasal jalan2 hari Ahad lepas. Bukannya apa, hari Ahad lepas kami telah berkunjung ke banyak tempat. Asalnya nak ke satu tempat je tapi terlajak hingga ke 3 tempat. Tak jauh pun...area Pasir Gudang je. Yang paling jauh pun setakat  ke Permas Jaya jer..

Pagi Ahad tu kami sarapan pisang goreng aje...pisang hasil bertani di belakang rumah...pisang nipah. Sekadar makan pisang goreng mana nak bertahan lama kenyangnya. Nak masak lunch, rasa kepenatan mengemas rumah.

Sapa nak makan nasi? (bertanya kepada anak2 sambil baring2 depan TV)

Nak! Tak nak! (masing2 dengan jawapan sendiri tapi ramai yang tak nak dari yang nak...)

Sapa nak makan nasi tepi laut???

Nak! Nak! Nak! Nak! (suara ramai...)

Amboi...dengar tepi laut laju je semua nak makan!

Ok, jom!!! (kata hubby...)





Dah siap2 semuanya, kami menuju ke Kg. Pasir Putih. Bercadang nak makan kat Restotan Rahmat tu. Sampai je kat situ, kosong je kawasan parking. Hmmm.....tutup rupanya hari ni!!! Patut la lengang jer... Hubby kata restoran tu memang ditutup pada salah satu hari Ahad setiap bulan tapi tak tau bila. Alamak...kenalah pulak pada masa kami nak makan!

Then kami terus je ke depan sikit...ke kedai mee rebus. Makan je mee rebus, meehon soto dan tauhu. Tengah2 sedap menjamu selera, nampak Angah (Rafidah) dan 2 orang anaknya datang ke situ untuk makan jugak. Angah ni ialah bekas rakan sepejabat saya dulu, dia masih bekerja di situ.





Lepas makan, kami menuju ke Tanjung Langsat pulak. Cadangnya nak ke Sarang Buaya tapi masih dalam pembinaan walaupun boleh dilawati.



Dari situ kami terus je menyusuri jalan menuju ke Jalan Pekeliling. Saya ajak hubby ke Jusco Permas sebab nak cari pocket size external hard disk. Hard disk saya dah nak dekat penuh sebab simpan banyak gambar2. Itu yang nak cari external hard disk tu, nak transfer semua gambar ke dalamnya.

Cuaca memang cerah dan panas...


Kalau dah sampai ke Jusco tu, bukan setakat yang dihajatkan saja dicari, yang teringin pun dibeli jugak. Apa lagi...kalau bukan buah berangan ni! Saya tangkap 2 pek. Lepas tu masuk kedai buku...beli novel 2 buah. Anak2 pun sibuk mencari buku pilihan masing2.


Buah berangan...


WD pocket size external harddisk, kapasiti 500GB...



Turun aje dari kereta kat depan rumah, terus cari port untuk baca buku dulu. Lepas buka pagar, Adik pulak terus berlari ke basikal dia... Pantang ler Adik ni...!


No comments: